Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 8 Februari 2013

Wanita tua atau wanita muda?

Apa yang aku merepek malam-malam buta (saat menulis posting ni jam 1.26 pagi) ni? Hahaha... saja, nak update blog yang dah lama sangat sepi sebab tak tahu nak update apa hahaha... so, dalam menjengah Facebook, terpandang satu gambar ni yang buat kita pandang berkali-kali. Nak tahu gambar apa? Cuba tengok gambar kat bawah ni.



Imej apa yang anda nampak dalam pic di atas? Wanita muda atau wanita tua? Cuba tengok betul-betul. Nampak tak mana yang muda mana yang tua. Sejujurnya kali pertama aku melihat pic di atas ni aku hanya nampak imej wanita muda sahaja. Gegeh mencari di mana wanita tuanya. Selepas 15 saat meneliti baru nampak, imej wanita tuanya. Acane, korang nampak tak? Kalau nampak baguslah. Maknanya imaginasi penglihatan anda masih kuat. Aku? Mungkin sebab aku dah rabun kut sebab tu nampak imej wanita muda aje. Atau aku memang suka yang muda aje? Ops! Teori salah keh? Hehehe...

Okey, kepada  mereka yang tak nampak mana imej wanita muda dan mana imej wanita tuanya? Jangan risau, aku akan tunjukan di sini. So, gambar di bawah ini adalah imej wanita muda dari gambar yang sama. Aku bezakan dari tona warna.




So, kat bawah ni plak gambar wanita tua tu pulak.


Acane, nampak tak percezaannya? I hope nampaklah yer? Hehehe...


Mantap