Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 24 Mac 2013

Hati-hati dengan perfume REJECT!

Tidak dinafikan ada sesetengah pengguna lebih senang beli perfume REJECT berbanding perfume yang original dari kotak yang asal atau beli terus di kaunter shopping mall terkemuka. Kerana harganya lebih murah, dan menjimatkan duit dengan kualiti yang sama. Ya, jika anda beli dari penjual perfume reject yang betul, mungkin penjimatan itu boleh anda rasai. Tapi, macam mana nak tahu perfume yang kita beli tu betul-betul reject? Logikkah jika penjual perfume reject itu boleh ada banyak stok pada mereka sampaikan ber rak-rak atau beralmari-almari??? Sedangkan penjual perfume original TESTER pun, nak dapat stok perfume tester bukan main payah. Kadang ada, kadang tak ada tau?

Tidakkah satu kerugian pada pengelur perfume itu sendiri andai perfume reject mereka terlampau banyak sampaikan setiap penjual perfume reject mempunyai lebih 20 botol stok perfume reject untuk setiap jenis perfume yang dijual. Di sini aku sebagai penggemar perfume ORIGINAL agak musykil dengan keadaan ini. Jadi anda sebagai pembeli haruslah pandai menilai sama ada perfume yang anda beli itu betul-betul perfume reject dari kilang yang original atau sekadar perfume fake/tiruan yang dibuat oleh pengeluar pasaran gelap. Dan penipuan terbaru, bilamana penjual perfume mengunakan kaedah refill atau isian semula. Apakah perfume isian semula tu? Teruskan membaca...


Cuba anda teliti dua perdume di atas. Anda rasa mana perfume fake/tiruan/isian semula/reject?? Sekali imbas anda sudah dapat meneka, kan??? Gambar kiri, jenama D&G The One tu adalah perfume ORIGINAL mana kala D&G Light Blue tu pulak yang fake atau jenis isian semula. Yang fake tu aku beli masa zaman aku tak tahu sangat pasal perfume ni. Terpedaya dengan helah penjual yang mengatakan kononnya itu perfume original tapi reject disebabkan botol rosak. Bayangkan RM100 boleh dapat dua botol perfume 50ml. Tak ke pelik tu??? Pelik kan? Bila sampai aje ke tangan (beli online), tengok botol dia ... masyaALLAH... teruk gila. Anda boleh tengok gambar kanan tu. Penutup dia ada kesan kotor. Baru beli dah ada kesan kotor macam tu. Botol dia macam dah dugunakan 10 orang. Calar balar, dan pudar. Apakah maksudnya itu?

Jika anda beli perfume murah atau dikatakan reject perfume tapi keadaan rejectnya terlalu teruk seperti gambar di bawah, sila fikirkan kembali. 

D&G Light Blue
ESCADA Island Kiss

Dah perhatikan dah pic di atas? Terutama di kawasan yang dibulatkan merah. Keadaan perfume tu memang berkeadaan begitu ketika sampai daripada abang Poslaju. Calar balar, penutup dah kekuningan, penutup Escada tu dah pecah dan bahagian dalam dia dah calar balar. Apakah tandanya?

Itu tandanya, ini adalah perfume refill atau isian semula. Bukan perfume rejct dari kilang pengeluar perfume original. Bermakna aku telah ditipu. Faham tak maksud perfume isian semula? Kalau tak faham biar aku terangkan. Perfume isian semula ini adalah, penjual atau pengeluar akan membeli atau mengutip botol-botol perfume yang original pada penjual atau orang ramai yang sudah habis digunakan. Kemudian, dengan menggunakan botol dari perfume original yang dah kosong itu, mereka isi semula dengan perfume dari kualiti  rendah atau di isi dengan perfume tiruan yang baunya seakan sama. Sekarang kan dah banyak perfume inspirasi, contoh macam Hot Perfume, One Drop Perfume dan banyak lagilah. So, dia orang isi dengan perfume fake dan diselindungi dengan nama perfume reject. So, kepada penggemar perfume reject, hati-hati dengan situasi begini.

Lebih baik anda beli perfume tester berbanding perfume reject ni. Kalau perfume tester, ia original walaupun kotaknya kotak putih biasa. Tapi kena hati-hati jugak, pastikan beli dengan penjual perfume yang diyakini keaslian produknya. Kalau tak yakin beli terus di kaunter, habis cerita. Tapi kalau perfume tester atau reject ni susah nak jumpa kat kaunter terkemuka. Paling banyak kat internet dan pasar malam. So, kena hati-hati okey? Ingat ya, andai anda beli perfume fake atau tiruan, baunya tak akan sama dengan yang original. Tahap long lastingnya juga berbeza. Kesan bau jangka panjang pun berbeza. So, sila berhati-hati.

Cuba kalian bandingkan perfume di bawah ni dan berfume di atas tadi tu.

D&G The One
Chanel No 5 & Chloe'

Kebiasaannya perfume original ni, kita akan dapat dalam keadaan baik dan cantik. Tiada calar balar dan warna minyak wanginya dan bentuk botolnya, termasuk sticker atau cetakan label jenama dan keterangan perfume di bawah/tapak botol perfume masih jelas kelihatan dan di printing di atas botol sama seperti yang original atau yang diklankan. Ada juga yang menggunakan sticker. Label jenama tidak akan pudar atau terhakis jika tergesel di permukaan kasar dalam keadaan sederhana kuat. Andai cetakan lebel jenama pada botol mudah tanggal, itu bermakna anda telah membeli perfume fake/tiruan. Jadi silalah berhati-hati okey? Ada sesetengah perfume akan ada sticker jenama pada kotak perfume demi membezakan yang original atau yang fake.

Bukan nak memcampak pasir ke dalam periuk nasi peniaga perfume reject online... Andai penjual jujur, insyaALLAH rezeki akan setiasa ada dan tidak putus-putus kerana pengguna yang yakin tidak ditipu akan membeli lagi produk dari penjual yang jujur. Yang menipu ni biasa mula2 je ramai pelanggan. Bila yang beli dah rasa ditipu, di masa akan datang rezekinya akan berkurangan lalu lenyap. Kepada pengemar perfume reject, di harap artikal aku ni dapat membantu kalian. Sekian, terima kasih.


Mantap