Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 19 Mac 2013

Lidah 'berbisa' tanda hati kotor

Klik gambar untuk saiz asal.

Buka Facebook je tadi, terus terpampang keratan akhbar dari Sinar Harian ini, di wall Facebook aku yang di kongsikan oleh Cik Ilham. Terpandang tajuk utama keratan akhbar ni buat aku tertarik untuk mengulas sedikit tentang tajuk yang semakin kerap dan banyak berlaku di sekeliling kita. Kerana mulut badan binasa. Itu pepatah melayu yang telah wujud sejak sekian lama. Kerana lidah ni adalah senjata paling tajam mengalahkan pedang samurai dan segala parang dan pisau yang ada di muka bumi ni. Kerana lidah, boleh buat orang mati, berpecah belah, bergaduh, membenci dan... saling tikam menikan dari belakang. Kau lompat aku tikam. Jadilah kuih lompat tikam... ahahahaha... cane tuh?

Tapi, di zaman serba moden ni, ada satu lagi konsep yang sama, sama tajam dengan lidah ni, iaitu jari jemariku cantik sekali, sering pakai losyen dari Chloe' EH, apa aku ngarut nih? Hahaha... pernah tak korang alami, rasa tersindir, terasa dan sakit hati membaca status Facebook, Twitter dan lain-lain laman sosial yang betul-betul ditujukan kepada kalian? Tak kiralah berkaitan apa juga perkara. Pernah alami? Walaupun yang mengeluarkan kenyataan tu bukan di wall kita sekadar di page dia atau grup dan tak menaip nama kita tapi kita tahu kenyataan itu adalah untuk kita, apa anda rasa? Mesti sakit hati, kan?

Aku pernah dan banyak kali kut mengalami hal tu. Aku tak sentuh tak usik dan tak jentik pun status si polan ni, si polan ni pulak duk canang kisah negatif kita. Bangga dapat inbox2 dan bergossip pasal keburukan kita. Itu hal lepas. Walaupun aku cuba nak melupakannya tapi tetap akan ingat kekejian dan kejahatanya. Aku tak buat salah kat dia, tetiba dia duk cadang sana sini. Mulut celopar, jari jemari sealiran dengan mulut. Tulah aku klasifikasikan si polan tu. Tempat jatuh lagi di kenang, kan? Inikan pulak manusia yang dah buat hati kita sakit hati. Kalau tak suka FB aku just unfriend atau block, tiada paksaan untuk berkawan dengan aku . Aku harap hal tu akan berlalu dengan tenang dan aku akan secara tiba-tiba  melupakannya. Sampai sekarang aku macam agak menyampah dengan si polan tu. Sagat menyampah. Tak tau kenapa.

Jadi, hal begini dalam kategori apa pulak? Takkan tetap mengunakan istilah 'lidah'? Mungkin akan wujud peribahasa baru di masa akan datang. Disebabkan jari jemari, badan binasa. Aku tak kata aku perfect tak pernah buat hati orang terasa. Terkadang aku juga terlepas menaip sesuatu yang menyindir seseorang sebab terlalu ikut rasa marah dan bengang aku. Sindiran ni sebenarnya ada dua kegunaan. yang satu untuk buat orang sakit hati, yang satu lagi buat peringatan pada orang yang dituju. Cumanya, kalau boleh gunalah ayat yang indah tanpa ada caci maki dan penghinaan. Itu ajelah.

So, jangan terlalu bangga dengan status atau kenyataan menyindir, kerana balasannya nanti lagi teruk akan kena pada kita. So, sebelum menyatakan sesuatu, mengeluarkan kenyataan baik secara bicara atau digital, fikirkan baik dan buruknya. Sebab tu kini aku jarang dah buat status di FB dan media sosial yang lain kerana aku bimbang, terjentik mana-mana pihak. Sekian...


Mantap