Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 13 Mac 2013

Ulasan Filem: Pada Suatu Cinta Dahulu





PADA SUATU CINTA DAHULU
TARIKH: 21 Feb 2013
GENRE:Comedy / Romance
DURASI: 84 minutes
PENGARAH:Hashim Rejab
PELAKON:Wawa Zainal, Intan Ladyana, Zalif Sidek, Edy Rauf








SINOPSIS PADA SUATU CINTA DAHULU
Rasa tertekan Zainal dengan alam perkahwinannya yang sekarang ini, mengigatkan beliau kembali tentang memori silamnya. Pada 18 tahun yang lalu, ketika dia di alam persekolahan Zainal terkenal dengan kenakalannya ketika itu Zainal baru tingkatan 4. Waktu itu Zainal mempunyai seorang kekasih yang bernama Nora. Sikap Nora yang lurus bendul membuatkan Zainal mula bosan.



Zainal digantung sekolah kerana menyimbah cat ke muka sahabatnya, Rudy (Zalif Sidek), apabila dia menyangka pelajar lelaki itu cuba merampas Nora (Wawa Zainal) daripadanya.

Tidak tahu ke mana hala tuju sepanjang seminggu digantung persekolahan, Zainal bertemu dengan Azura yang turut mengaku dikenakan hukuman sama.
Setiap hari bertemu, rasa cinta mula berputik di hati Zainal. Namun, Azura tidak berperasaan sepertinya, membuatkan hati Zainal terluka.

Menyedari Azura ada menyembunyikan sesuatu daripadanya, Zainal cuba mengekori gadis itu. Dia menyangka Azura meninggalkannya kerana menghidap penyakit kronik.


Walaubagaimanapun Zainal tetap ingin meneruskan hubungannya bersama Azura, tetapi gadis itu terus menghilangkan diri tanpa pengetahuan Zainal. Berbalik pada tahun sekarang, Zainal ditakdirkan berjumpa semula dengan Azura, Azura menceritakan perkara yang sebenar bahawa selama ini dia menyamar sebagai pelajar sekolah kerana ingin menyiapkan penyelidikan psikologinya. Adakah Zainal tetap meneruskan hubungannya bersama Azura? Siapakah yang menjadi pilihan Zainal? Semuanya akan terjawab dalam filem romantik komedi, ’Pada Suatu ‘Cinta’ Dahulu’


ULASANKU:

Lambat giler aku buat ulasan pasal filem ni kan? Download dah lama cerita ni. Cuma baru-baru ni aje baru berkesempatannak tengok. Entahlah, mungkin sebab pelakon dia tak berapa nak kenal buatkan aku tak teruja nak tengok filem ni. Sebab baca sinopsis dan tengok sedutan filemnya macam aku dah dapat baca jalan cerita nya. Ibarat memandang sekilas pada ikan di kali, sudah tahu mana yang jantan betina dan LBGTnya... ehhhh! #Petir!!

Awal-awal cerita aku dan meluat tengok gaya pelakon yang membawa setiap watak yang dipegang. Aku cuma tak pasti mereka ni tingkatan berapa sebab sekor-sekor perangai macam apa entah. Mengalahkan budak tadika. Tapi muka masing-masing dah macam bapak orang yang dah tak lama lagi nak timang cucu. Macam tak kena gaya gedik dan mengada-ngada seorang kanak-kanak tadika yang dibawa.

Sebab apa aku cakap macam budak tadika? Korang tengoklah sendiri. Oh ye, memandangkan mereka ni buat shooting kat sekolah, dia orang ni tak tengok ke perangai budak-budak kat sekolah tu macam mana sebelum nak menghayati watak yang dia orang pegang? Budak form four pun tak adalah perangai melampau macam budak-budak tadika macam dia orang. Yang paling nampak perangai gedik yang dibuat-buat pelakon perempuannya. Gedik dan manjanya dah macam budak tadika. Haiyooo... aku yang tengok ni bukan suka, meluat lagi adalah.

Dulu masa aku baya-baya dia orang takde pun keanak-anakkan macam tu. Sebaliknya umur 16 - 17 tahun ni, biasanya remaja dah matang. Bukannya perangai macam budak-budak darjah satu tapi mengaku gengster. Masa babak nak bergaduh tu pun nampak keanak-anakkannya. Nampak plastik sangat. Aku tengok filem ni dari pukul 10 pagi, sapai 10 malam pun tak habis-habis. Macam mana tu?

Konflik dia macam tak berapa nak best. Konflik budak sekolah yang bermasalah aje. Tanpa ada konflik keluarga. Kekonon nak buat ala-ala Ada Apa Dengan Cintalah kekonon. Tapi tak menjadi langsung. Filem ni macam tak ada pengisian yang boleh kita ambil selain bergaduh, berebut perempuan, tergedik-gedik dan terkinja-kinja macam yang dalam zoo tu. Babak dia orang exam ke, study ke, memang tak de langsung. Duk berkelahi dan nak cari perempuan aje... haiyooo.. wal hal cerita ni sebenarnya falsh back, masa zaman aku dulu yang dan masuk tahun 2000 pun , budak-budaknya masih belum atau belum ada yang terlalu obses nak bercouple bagai macam dalam filem ni. Macam tak logik cerita ni...

Kekonon nak buat babak komedi romantik budak-budak sekolah tapi tetap tak menjadi. Terutama Intan Ladiyana tu. Hallo mana ada budak sekolah boleh mekap tebal-tebal, bermulu mata palsu dan bereye shadow bagai ke sekolah? Kata budak bermasalah, tapi mekap dah macam budak gedik. kenapalah sutradara file ni tak fikir pasal hal tu semua. Siapalah yang cadangkan amek si Intan tu jadi heroin. Tak kena langsung. Muka dah tahap makcik-makcik, nak jadi budak sekolah... memang tak kena langsung.

Apa yang aku nampak filem ni memang penuh kegagalan di panggung. Rasanya macam tak balik modal kut. Membazir je buat filem yang ala-ala gini. Tak ada pengisian. Macam dia orang ni tak ada mak bapak. Watak paling tinggi pun cikgu disiplin. Tu aje, mak bapak budak-budak bermasalah ni memang tak tunjuk muka. Mungkin ini filem, rugi ke untung sendiri tanggung. Tak macam drama TV, macam-macam stage kena lalui untuk disiarkan ke kaca tv sebab melibatkan sponsor, rating dan slot iklan.

Dari lima bintang aku kasi 0.5 bintang aje... sebab filem ni sangat membosankan tahap gaban! Menyedihkan....

Mantap