Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 12 April 2013

Cara Menulis Novel Ala HJ - Part 3


Assalamualaikum dan salam satu dunia...

Apa-apa pun HJ nak memohon jutaan kemaafan sebab lambat giler nak siapkan Cara Menulis Ala HJ untuk part ni. Tak siap-siap sebab tak tahu nak menyampaikan idea dan ilmu HJ tu macam mana supaya pembaca boleh faham. Selepas anda membaca Cara Menulis Novel Ala HJ - Part 1 dan Cara Menulis Novel Ala HJ - Part 2, kini sudah tiba masanya untuk HJ ke part 3 pula iaitu proses susun plot cerita.

Terserah pada anda nak susunan plot ni macam mana nak buat sama ada tulis atas kertas, buat pada Microsoft Word atau Note Pad. Dan kalau anda punya daya ingatan yang tinggi, boleh simpan dalam otak, teruskan. Tiada paksaan. Pilih mana cara yang lebih mudah. Untuk HJ, HJ lebih suka simpan dalam kepala plot-plot tu sebab bagi HJ plot sentiasa akan berubah ikut mood dan idea. So, apa yang  HJ cadangkan dalam posting ni sekadar cadangan. Semuanya tetap tertakhluk pada diri anda untuk tentukan cara penulisan anda.

HJ klasifikasikan penulisan HJ kepada dua jenis.

1. Cerita kata ganti nama pertama sebagai watak utama
2. Cerita kata ganti nama kedua sebagai watak utama


Sila baca dua poin di atas sebanyak 3 kali. Faham tak? Kalau tak faham juga, HJ jelaskan di bawah ini.

1. Cerita kata ganti nama pertama sebagai watak utama
Bermaksud, 'aku' sebagai watak utama yang mengambarkan penulis itu sendiri akan menjadi watak utama dalam ceritanya dan hanya akan menceritakan kisah watak 'aku' tu dari page pertama sampailah tamat. Biasanya jalan cerita dengan watak 'aku' sebagai watak utama tidak banyak plot yang boleh dibuat, selain plot konflik yang melibatkan watak 'aku' itu sahaja dari mula sampai habis.

2. Cerita kata ganti nama kedua sebagai watak utama
Bermaksud, watak 'Zulaikha (contoh)' ~ kata nama kedua ~ sebagai watak utama. Cerita begini anda boleh wujudkan lebih satu nama sebagai watak utama dan lebih 10 orang watak sampingan. Cerita watak 'kata nama kedua' sebagai watak utama sedikit sukar kerana pasti konflik yang tercetus akan lebih banyak dan bercabang berbanding cerita dengan watak 'aku' sebagai watak utama. Cerita jenis ini anda boleh buat lebih dari 1 plot dalam satu bab tu yang berlainan lokasi, suasana dan watak.

Dah faham dah? Kalau tak faham juga, anda boleh miliki novel yang menggunakan watak 'aku' sebagai watak utama dan salah satu novel HJ. Anda baca dan anda bezakan. Pasti anda akan dapat bandingkan dan bezakan. Rasanya banyak perbezaannya.

Ini panduan untuk yang freshie lah. Kalau yang dah supar senior tu, silalah abaikan cara HJ yang biasa-biasa ni ya? Sebab, kalau dah otai ni biasa dia dah boleh kreatifkan jalan ceritanya dan mencetuskan konflik yang buat pembaca keliru, pening dan tertanya dalam setiap jalan ceritanya. Ha, kalau penulis yang dah boleh buat macam tu, tatacara menulis novel Ala HJ ni, dah tak diperlukan lagi yer? he he he ...

Okey, tanpa membuang masa, HJ terus ke lakaran plot yang selalu HJ buat dan bayangkan dalam otak. Sebelum nak susun plot, anda perlu tentukan 4 perkara ini:

         Tajuk:

         Genre:

         Tema: Contoh; Komedi Romantik/ seram/ thriller/ Islamik DLL.

         Kategori: Dewasa/remaja/kekeluargaan/politik DLL

Tajuk memainkan peranan penting kerana kita akan buat cerita belandaskan tajuk. Tapi, ia tidak wajib ditentukan awal-awal. Kalau manuskrip dah siap baru nak tentukan pun boleh. Tapi, genre, tema dan kategori tu kena tentukan dari awal supaya cerita kita ada hala tuju yang betul. Dari segi susun atur plot HJ, kedua jenis cerita pun sama sahaja. Jumlah konflik yang menentukan ketebalan manuskrip anda. Bijak menyusn konflik supaya jalan cerita teratur. Okey berikut adalan susun atur plot novel ala HJ.


1. Tagline/cover caption:
    Dalam beberapa ayat aje. Tapi benda ni boleh ditetukan saat manuskrip anda sudah siap.

2. Matlamat:
   (Matlamat yang ingin dicapai oleh watak utama di dalam cerita ni)

3. Watak-watak Antagonist
    (Walaupun watak jahat ni watak tambahan, hakikatnya watak nilah yang menghidupkan
    jalan cerita. Jadi, anda perlu senaraikan nama dan watak & perwatakannya macam mana
    supaya boleh sesuaikan dengan jalan cerita)

4. Watak-watak utama
    (Kalau HJ, HJ akan type pada notepad nama-nama watak dan dia punya watak &
     perwatakan sekali supaya tak lupa. Ni penting supaya tidak bercelaru)

5. Graf Penceritaan

           5.1 Prolog - permulaan cerita biasanya memperkenalkan watak utama dan nama-nama
                 watak insan yang ada di sekeliling watak utama.

          5.2 Perkenalan watak sampingan dan watak antoganist - 1-5/10 bab
                Mengikut susun atur plot anda.

          5.3 Konflik pertama - 1-5/10 bab.
                Mengikut susun atur plot anda.

          5.4 Konflik kedua - 1-5/10 bab.
                Mengikut susuh atur plot anda.

          5.5 Pencapaian konflik – Sama ada konflik pertama dan kedua berjaya atau gagal untuk
                diselesaikan - 1-5/10 bab ~ mengikut susun atur plot anda.
      
          5.6 Mid plot/ peak - Watak antagonist merangka untuk konflik ketiga dan seterusnya.

          5.7 Konflik ketiga – 1-5/10 bab
                Mengikut susun atur plot anda.
                Anda boleh menambah konflik yang seterusnya mengikut jalan cerita anda, tapi 
                pastikan setiap konflik ada penutupnya sama ada berjaya atau gagal.

          5.8 Final plot - Balasan pada watak antagonist dan apa berlaku pada hero heroin.

          5.9 Penutup - Biasanya penutup lebih mengisahkan apa yang berlaku pada hero dan heroin 
                sama ada  hidup bahagia atau sebaliknya.

6. Pengakhiran watak 
Pastikan setiap watak utama dan watak kedua penting termasuk watak antogonist ada pengakhiran. Maksudnya nasib setiap watak yang dicipta. Watak sampingan pun kena cerita apa berlaku pada watak merepa pada ending cerita. Watak sekejap-sekajap tak kisah kalau hilang macam tu sahaja.

7. Bersiap sedia untuk mengarang!

So, macam mana, boleh tak ikut cara HJ tu? Ha, mana yang boleh ikut tu, ikutlah. Kalau tak boleh ikut tu, follow cara anda sendiri. Okey? Take it esay mana yang boleh anda ikut, ikutkan aje. Tak perlu nak terlalu ikut rule sangat hehehe...

Okey itu sahaja ilmu yang HJ nak sampaikan dalam proses susun plot cerita ni. Kalau ada idea dan ilmu nak dikongsikan lagi nanti HJ sambung di part 4 pulak. Adios...





Mantap