Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 14 April 2013

Design Rumah Idaman Ku


Wahhh... inilah final design yang aku rasa sesuai untuk rumah yang di bina di kawasan kampung atau pekan. Kang design yang grand-grand kata; *mak di bela, mak suci okey! Hahaha...*. So, design gini dan material yang di gunakan sesuai dan sepadan dengan kos binaannya kut. Berapa  budjet aku untuk design rumah *tak termasuk perabut* ni? Jeng jeng jeng... biarlah rahsia. Kalau dapat bina rumah macam kat atas tu memang dah bersyukur *bersyukur ya amat nok!*.

So, nampak ada element kampung di gabungkan dengan elemen moden tak? Hahaha.. simple dan sesuai dengan budjet kecil *Kalau mek ada budjet macam banglo DCT sure mek buat 4 tengkat gaytuh*. Design yang aku buat guna software free SketchUp ni, adalah sumbar inspirasi untuk aku . Manalah tahu akan jadi kenyataan satu hari kelak, kan? Apa-apa pun design hak cipta aku keh. Sila jangan nak tiru *Mek saman 5 juta nanti*. Okey, aku nak kongsi rekaan dalam untuk lantai bawah dan lantai atas. Iilustrasi keadaan ruangan yang sedia ada. Jom-jom jengah ke dalam. Jemput masuk.


RUANG BAWAH

Design keseluruhan Lantai Bawah

Okey, itu design keseluruhan. Sekarang kita view setiap sudut ruangan lantai Bawah ni.

Ruangan untuk berehat sambail tengok TV.
Ruang tamu walaupun kecil, aku cuba tak sempitkan lagi dengan perabut yang banyak. Cukuplah ada ruang duduk untuk tetamu, meja kopi dan satu meja malas untuk bersantai baring-baring baca majalah atau novel sambil tengok TV.

Dapur dan Ruang Makan

Konsep ruang makan aku pilih mini bar sebab saiz rumah ni tak lah besar, setiap petak aku ambil 4 meter x 4 meter aje. Save budjet katanya. Tapi kalau ditengok dari perabut-perabutnya macam tak berapa nak save gitu hahaha... Dampur bagi aku cukup ada kabinet dapur gas dan periuk belanga dan segala pinggan. Singki, peti ais dan mesin basuh WAJIB ada. Ada semua tu dah okey dah. Simple, kan?

Tandas & Bilik Air
Demi untuk menjimatkan ruang, Bilik Air dan Tandas aku camtumkan jadi satu. Nak jimat space lagi, aku guna sistem shower, takderlah banyak besen dan baldi dalam tu. Tapi, besen tu kenalah ada satu khas untuk orang tua ku yang tak gemar pakai shower dan untuk kegunaan kecemasan kalau tetiba bekalan air terputus. Pilih mangkuk tandas duduk sebab jimat space juga dan nampak lebih sedap mata memandang dari tandas cangkung. Sebab, tandas ni berhampiran dengan dapur, jadi kena nampak indah, nanti boleh menghilangkan selera manusia yang nak makan hehehe.

Tangga ke aras atas

Memandangkan rumah aku ni dua tengkat, haruslah ada tangga kan? Takkan nak terbang ke aras atas. Giler????

Kamar Tidur 1

Kamar tidur 1 ni khas untuk tetamu sebenarnya. Tapi ayat yang lebih sesuai untuk family aku. Kalau mak dan abah aku nak stay umah aku mereka boleh guna bilik ni. Di aras bawah. Aras bawah ni aku khaskan kawasan awam. Sebab, aras atas adalah area peribadi... Nak tahu macam mana rupa aras atas yang aku kategorikan area peribadi tu, jom tengok!

RUANG ATAS

Pelan Penuh Lantai Atas

Disebabkan nak save budjet dan nak sangat rumah dua tengkat, jadi aras atas sengaja buat kecil separuh dari saiz aras bawah. Pelan asal nak buat tandas kedua, Tapi bila difikir-fikirkan semakin sempit, tak jadilah. Satu bilik air dan tandas pun kira okey rasanya. Ruang atas ni aku lebih kategorikan sebagai ruang peribadi untuk aku sahaja. Sebab kalau anda tengok aras atas cuma ada Ruang kerja, Kamar Tidur 2 yang agak besar dari saiz Kamar Tidur 1 dan mini Balkoni untuk berehat sambil minum-minum. Cute tak umah aku ni? Hehhehe...

Ruang Kerja
Ruang kerja bagi seorang penulis bagi aku agak penting. Selain untuk menaip manuskrip, print manuskrip dan sebagainya, ruangan ini biasanya untuk membaca, menyimpan segala dokumen penting, nak online dan sebagainya. Jadi, ruangan ini memang aku wujudkan khas untuk diri aku. Hehehe... Sesiapa pun tak leh jejak. :)

Kamar Tidur 2
Kamar Tidur 2memang di design khas untuk aku seorang. No Entry untuk sesiapa. Voleh gaytuh? Hahaha.. Selain ada katil dan alamri, sengaja aku letak TV dalam bilik ni. Kalau malas nak tengok kat bawah, aku tengoklah kat atas, apa susah kan? Hahaha...tenpat aku bersantai-santai berehat juga. Bilik ni juga dihubungkan dengan mini balkoni.

Mini Balkoni

Balkoni ni mungkin aku akan letak satu set kerusi kecil untuk duduk-duduk bersantai di waktu siang atau malam untuk ambil angin. Ingat nak letak sliding door, tapi macam tak selamat pulak. So, aku tukar kepada pintu bergril. Untuk keselamatan. So, Acane? Okey tak design rumah aku yang aku design sendiri ni? Letup kan? Hahaha...

Walau bagaimana pun ni sekadar designnya sahaja. Tak tahulah bila boleh buat rumah gini. Tengah mengumpul modal ni. Kepada yang sudi nak sponsor boleh hubungi aku *Matilerr menangih simpati hahahaha..*. Dengan harapan dan anganan insyaALLAH bisa jadi kenyataan andai ada niat, usaha dan doa tanpa henti. Doakan aku bisa memiliki rumah idaman aku ni ya? Sebelum mengakhiri posting ni, view terakhir aku tunjukan rumah aku yang sudah siap termasuk bumbung...



PERHATIAN: Design rumah ini adalah rekaan asli penulis blog, dilarang meniru atau diciplak. Sekian terima kasih.


Mantap