Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 4 April 2013

Jutaan Terima Kasih kepada 300++ yang memberi ucapan!


Tarikh 3 April 2013 (Rabu), usia ku meningkat lagi satu angka. Maka berubahlah angka di sebelah kanannya. Wahhh.... usia semakin meningkat, harus ku tingkatkan kualiti hidup ke arah yang lebih baik. Sepanjang kehidupan aku di kala usia 26 tahun yang lepas, banyak pahit manisnya. Yang manis akan di simpan dan yang pahit akan dijadikan pengajaran.

Jutaan terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan Happy Birthday melalui akaun Facebook aku sama ada di wall atau di inbox. Syukur alhamdulillah setiap 300++ ucapan yang singgah di wall dan inbox aku, segera aku membalasnya dengan ucapan terima kasih. Walau bagaimana pun, kalau aku (HJ) ada terlepas pandang ucapan kalian yang aku tak reply terima kasih, mohon jutaan kemaafan. Di posting ini aku megucapkan jutaan terima kasih.

Kepada sahabat baik, sahabat handai, rakan-rakan lama, rakan penulis, rakan facebook, rakan instagram, rakan seperjuangan, pengemar karya-karya ku, saudara mara dan sesiapa yang mengenali diri ini,  terima kasih kerana masih sudi memberi ucapan kepada diri ini. Maaf jua andai aku tak memberi ucapan hari lahir kepada kalian sebelum ini dek kekangan waktu dan keterbatasan masa untuk online. Aku tetap mendoakan kalian semua semoga sihat selalu, dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki.

Tidak ku sangka sempena hari lahir ku tahun ini ada sejarah tercetus pada tarikh ini. Pada tarikh 3 april, 4 tahun lalu, Perdana Menteri Malaysia 6 telah dilantik secara rasminya. Dan pada tarikh yang sama pada tahun ini terbubarnrnya parlemen PRU 12 secara rasminya. Ada kenangan tersendiri pada tarikh lahir aku yang ke 27 ini.

Akhir kata, hiasi peribadi, tingkatkan prestasi...




Mantap