Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 10 April 2013

Pelajar membuli Pelajar



Semalam ( 9 April 2013 ) mula tersebar video pelajar membuli pelajar di sebuah sekolah di utara semenanjung Malaysia. Aku tak nak sebut nama sekolahnya, aku pasti ramai yang dah tahu. Video yang berdurasi 1:30 saat ini telah di rakam salah seorang suspek yang mungkin kini sedang diburu oleh pihak polis. Video ini juga sudah di share di Facebook lebih 10K.

Jika kita tonton video yang di atas tu, kita dapat lihat, seorang pelajar yang agak skema yang menurut sumber dari caption asal video yang di ambil di laman sesawang Facebook ini, mangsa adalah seorang ketua kelas. Ketua kelas itu dibelasah bertubi-tubi tanpa serangan balik kerana dia tahu andai dia melawan hanya akan mengeruhkan keadaan kerana lawannya lebih dari seorang.

Punca sebenar aku tak berapa pasti kenapa sebab aku tak segegeh mana nak stalker setiap komen yang ada. Tapi jika pergaduhan itu melibatkan pengawas atau ketua kelas, lain tak bukan pasti pasal aduan negatif yang telah dibuat oleh pengawas atau ketua kelas itu mengenai perlakuan atau kegiatan negetif di pembuli.

Jika kita lihat gambar suspek yang berjaya di kesan di belog ini http://pembulismktho.blogspot.com/2013/04/maklumat-salah-seorang-pembuli-smk-tun.html ada sekeping gambar suspek duduk bersama kekasihnya dan dia sedang merokok. Dari atitude yang itu kita dah tahu negatifnya sikap suspek yang berjaya di kesan itu. Mungkin ketua kelas itu telah mengadu kepada guru disiplin mengenai kegitan negatifnya dan mungkin disebabkan dia dan gengnya merokok di kawasan sekolah telah di adukan kepada pengetua.

Ada yang buat statement 'muka jambu, tapi perangai macam s*al! Buat masa ni aku tak mampu nak kata apa-apa dan mengulas lebih lanjut dan lebih detil mengenai video ini kerana aku tak berapa pasti punca dan mengapa pergaduhan ini boleh berlaku. Aku tak nak menjadi seseorang yang menjatuhkan hukum tanpa mengetahui kisah yang sebenar.

Sejujurnya rasa geram itu tetap ada. Tapi kebiasaannya pelajar yang berlagak bagus dan bangga dengan gelaran samseng atau gengster sekolah ini egoisnya tinggi. Dia mahu dipandang tinggi kerana berani melawan peraturan sekolah sehinggakan tiada siapa yang boleh mengusik hak peribadinya. Dek, kalau adik rasa hidup tak nak terkongkong, jangan pergi sekolah. Cakap dengan mak ayah adik, adik dah gatal nak kahwin atau dah gatal nak hidup macam orang dewasa.

Aku tak nafikan, ada juga dikalangan budak samseng ni hakikatnya bijak dan pandai dalam akademik dan sukan. Tapi, kalau kau pandai, kau aktif sukan menang banyak pingat tapi perangai kau hampeh pun, tak guna juga. Kau tak akan ke mana-mana selain lokap dan di pandang hina. Tak akan ada orang akan hormat kau walaupun kau ada master atau ijazah sekali pun kalau perangai kau tak pernah berubah.

Sebenarnya hal begini sudah berlaku sejak dulu. Cumanya dulu tak ada gadjet canggih yang boleh digunakan untuk merakam dan disebarkan di laman sosial dan YouTube. Yalah, budak-budak sekarang, darjah 4 dah ada handphone sendiri. Kadang-kadang handphone dia orang lebih canggih dari hp kita yang dah berkerja ni. Macam mana tu?

Nak salahkan ibu bapa pun tidak boleh juga. Nak salahkan guru-guru pun tidak boleh juga. Apa yang boleh dilakukan adalah saling berkerjasama. Andai di sekolah, guru-guru bertanggungjawab untuk semua pelajar-pelajarnya. Tapi untuk menjaga setiap seorang pelajar itu mustahilah. Dalam satu selolah tu bukan sedikit pelajarnya. Melabak kut.

Kepada ibu bapa tu, jangan terlalu ambil enteng dan memanjakan anak terlalu berlebihan. Dari pakaian, gadjet dan jenama cermin mata suspek aku dapat rasa yang dia berasal dari keluarga yang 'ada-ada' dan telah dimanjakan keluarganya. Tu yang macam bagus aje tu.

Apa-apa pun aku harap andai kes ini sudah sampai kepada pihak Polis, pihak Polis ambillah tindakkan selayaknya. Jadikan kes ini kes Juvana. Hantar sahaja pelajar-pelajar bermasalah ini ke sekolah budak nakal di Melaka tu. Supaya mereka boleh berubah. Kita serahkan kepada pihak berkusa auntuk menguruskan kes ini dan kita tunggu ajelah perkembangan seterusnya mengeni kes membuli ini.



Mantap