Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 6 April 2013

PRU13 - Semak Daftar Pemilih SPR Secara Online



Wah, duk klik mengelik semak daftar pemilih, al-kisahnya nama aku udah tersenarai dalam daftar pemilih. So, tahun ni, lehlah aku mengundi gamaknya. Undi SPR ni ada macam ala-ala undi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tak? *feeling-feeling red carpet esok, Fengsan!*. So, kepada mereka yang masih ala-ala confuses gitu sama ada dia yang berusia 21 tahun dan ke atas sama ada layak atau tak untuk mengundi bolehlah semak nama anda. Pastikan nama, daerah mengundi, DUN, parlimen dan Negeri adalah logik! kalau tak logik sila buat report polis. Tak pasal-pasal adan 'undi hantu' menggunakan indentitas anda. Hati-hati, ada yang memerhati... Kiah Propa sangat! Hahaha.. okeh di sini aku bagi tahu cara-cara nak semak daftar pemilih untuk PRU13.


PRU13: Semak Daftar Pemilih SPR Secara Online | Setelah pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 April 2013 lalu, maka peranan dan hak rakyat sebagai pengundi untuk memilih para pemimpin serta parti politik yang akan meneraju tanpuk pemerintahan negara pada PRU13 ini.
Adakah anda telah mendaftar sebagai pengundi? Bagiyang telah mendaftar anda bolehlah membuat semakan memalui tiga cara iaitu secara online, SMS ataupun melalui talian telefon.
Semakan melalui laman web
  • Masukkan No. K/P (tanpa tanda "-" ) dan klik SEMAK.
Semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
  • Taip SPR [jarak] SEMAK [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
Semakan melalui talian telefon

- Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang).

- Bagi anda yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
     Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
     Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
     62690 Putrajaya
     No. Telefon: 03-88856686
(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara
(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach 
      Tiada aktiviti ketika ini
(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri.            
      Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission
(f) Senarai Penolong Pendaftar
Senarai pusat mengundi 
Pihak SPR juga telah melancarkan laman web khas PRU13 pada 30 Januari 2013 yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-13. Baca berita lanjut di sini.


Sumber


Mantap