Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 4 April 2013

Resipi: Pizza Maggi Tom Yam


Okey, kepada pengemar maggi atau apa-apa sahajalah mi segera mungkin ada yang pernah buat juadah ni sama ada untuk breakfast, lunch, tea time atau dinner masa study di oversea atau di luar negeri sebelum ini. Mana dari keluarga 'ada-ada' tu mungkin tak pernah tahu dan tak pernah cuba masakan ni kut. Tetiba, pagi tadi tengok kat dapur ada sebungkus mi segera jenama Maggi perisa Tom Yam. Buka peti sejuk ada pulak sepapan telur ayam grade yang paling besar, dan tepung goreng ayam. Terlintas kat kepala nak buat pizza maggi!!! Sebab dah lama tak buat. Alang-alang dah nak buat tu aku pun feeling-feelinglah jadi chef kat dapur. Cuma tak membebel sesorang macam Chef Wan lah.. hahhaa... gambar pizza tu pun aku dah upload di Instagram aku. Sesiapa follow Instagram aku, mungkin ada yang perasan.

Okey, di sini aku nak kongsikan resipi yang tak berapa nak berahsia sangat ni dengan kalian semua. Simple lagi mudah. Sesuai untuk mereka-mereka yang duduk bujang diperantauan yang tengah 'kering' atau sengkek di hujung-hujung bulan. Heheh....

Langkah pertama sediakan bahan-bahan seperti berikut:


Di atas ni adalah bahan-bahan asas sahajalah yer... Kalau dah ada bahan-bahan kat atas ni dah kira boleh dah jadi pizza maggi ni.

Bahan-bahannya:

  • 1 Bungkus Maggi perisa Tom Yam.
    (Nota: Biasa guna Maggi Kari, tapi memandangkan kat dapur ada manggi Tom Yam, balun ajelah. Resipi ni hanya sesuai untuk mi segera yang berkuah sahaja. Kalau mi segera yang tak berkuah contoh: Mi Goreng Sedap, memang tak sedap)
  • 1 butir/biji telur ayam saiz yang paling besar.
    (Nota: Jika saiz telur kecil gunakan 2 butir/biji)

  • 3 sudu besar tepung segera untuk goreng ayam.
    (Nota: Kalau tak ada tepung, boleh guna telur semata-mata tetapi perlu tambah sebutir lagi dari jumlah asal)

  • Sedikit daun sup atau daun bawang pun boleh juga.

  • 1/2 cawan air masak.
    (Nota: Air masak yer, bukan air paip)

  • Sos cili secukup rasa.

CARA-CARA MEMBUATNYA.



1. Pecahkan telur ke dalam bekas. Pastikan telur dicuci terlebih dahulu okey, Sebelum dipecahkan ke dalam bekas.

2. Masukan perencah Maggi Tom Yam ke dalam telur dan kacau sehingga sebati dengan menggunakan garfu. Jika ada dua perencah, masukan kedua-duaknya sekali you all!


3. Bancuh tepung serba guna gorengan ayam dengan air masak. Bertujuan menggunakan air masa adalah untuk mengelak kena batuk ke apa pada yang makan. Dan terjamin air itu bersih dari kuman sebab kuman dah mati bila di jerang. Sebab, kita tak goreng lama pizza ni. Jadi, dinasihatkan guna air masak, atau air bertapis. Air miniral juga boleh digunakan.

4. Kacau tepung dengan air sehingga sebati. Jangan terlalu pekat. Tujuan kiga guna tepung ni sebab nak rasa rempah dia dan nak buat pizza kita lebih kenyal dan melekat. Anda boleh guna telur semata-mata tanpa letak tepung. Tapi kesannya, anda akan cepat muak bila pizza ini dibuat dengan telur semata-mata. Tujuan saya campur tepung serba guna gorengan ayam ini adalah untuk mengelak si pemakan muak.

5. Didihkan air dan rebus mi segera sehingga lembut. Di nasihatkan tunggu air mendidih terlebih dahulu barulah mi di masukan. Tujuan untuk mengekalkan kekenyalan mi tersebut. Rebus lebih kurang 90 saat sehingga 120 saat.

6. Bila mi sudah lembut, matikan api gas dan tos kan. Masukan mi ke dalam bekas yang bersesuaian.



7. Campurkan telur berperencah tom yam tadi dengan adunan tepung serba guna gorengan ayam.

8. Kacun dua bahan itu sehingga sebati.

9. Curah bahan tadi ke atas mi segera yang telah di tos.

10. Kacau sehingga sebati bahan tadi dengan mi segera. Tepung dan telur tadi adalah bertujuan sebagai bahan pelekat.


11. Bila mi dan bahan pelekat tadi dah sebati, panaskan kuali dan bubuh minyak. Minyak sedikit sahaja seperti kita mahu buat lempeng atau pancake. Pastikan api sederhana besar. Jangan besar sangat.

12. Bila minyak dah panas, tuang bahan tadi dah ratakan sebijik macam kita nak buat lempeng atau pancake.

13. Bila dah rata, taburkan daun sup atau daun bawang. Ha, time ni kalau nak tabur sosej yang dihiris tipis dan sayur campur yang ada jagung, lobak dan kacang pis tu pun boleh. Dah tabur tu, tekan-tekankan sikit dengan belakang sudip.

14. Terbaliklan pizz kita bila merasakan bahagian bawah pizza kita dah kekuningan. Kalau terlebih besar api jadinya macam pizza aku tuh, hangus! Mujur tak rentung lagi dan masih boleh di makan.


15. Bila dah di rasakan dah masak dengan melihat warna pizza yang sudah kekuningan, boleh di angkat dan di letak di atas pinggan leper.

16. Letak sos di permukaannya di kala pizza masih panas. Masa ni kalau nak tabur cheese/keju pun boleh. Kalau boleh keju parut atau serbuk keju. Sos bahan wajib untuk mewujudkan rasa pizza seperti di kedai pizza. Anda juga boleh letak bawang besar yang di potong dadu bersama pizza ini semasa langkah ke 10.

17. Sedia untuk dihidang dan di makan. Potong ala-ala pizza dengan menggunakan pisau dan makan seperti biasa. Sesuai di makan untuk sarapan pagi. Untuk anak-anak kecil tu memang dia orang suka, cuma tak elok disediakan hari-hari. Sekali sekala tak apa.

SELAMAT MENCUBA!


Mantap