Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 19 April 2013

Ulasan Filem: Dua Kalimah


SINOPSIS

This movie review is not available at the moment.

"2 Kalimah" tells the story of a couple, Aiman and a Malay-English girl Selena, who decide to return to their hometown. The couple have a secret of their own: Aiman is actually still in love with Humaira, thus he does not want want to wed Selena, but due to her pregnancy, is forced to lie to their relatives and friends that they are married. On the way, the couple experience the deaths of three different people, punishment brought upon them by God for their sins while living, which are practicing witchcraft, adultery and disrespect to the elderly. Selena, after witnessing these incidents, is fearful and knows that it is a sign from God telling them to repent. In fact, Selena hopes that Aiman, who is known for his religiousness, will guide her back into the way of the Lord. However, Aiman threatens her when she tells him that she wants to reveal the truth. One day, Aiman falls sick and his movements become more and more limited, until he cannot even pray...
Classification: P13
Genre: Romance
General Release Date: 04 Apr 2013
Running Time: 1 Hour 40 Minutes
Distributor: Metrowealth
Cast: Shaheizy Sam, Nora Danish, Yana Samsudin
Director: Eyra Rahman

ULASANKU:

Menonton filem ni apa yang terlintas di kepala aku adalah 'TANAH KUBUR' versi filem. Tapi, visual dan susunan plot dia sebijik macam plot-plot untuk drama slot cerekarama TV3, acane tu? Tidak dinafikan banyak pengajaran yang dipaparkan di dalam filem ini. Cuma bagi aku pengajaran yang cuba disampaikan bukan sesuatu yang baru atau satu hal yang tak pernah orang buat sebelum ni. Dosa ilmu hitam, derhaka pada ibu, berzina sebelum menikah, dah terbiasa orang buat sejak zaman dulu lagi.

Plot permulaan yang agak pelik bila Aiman dan isteri dia kemalangan tup-tup tercampak ke sebuah kampung yang aku tak pasti motif munculnya kampung tu. Dia tercampak ke kampung tu,  maka bermulalah dia untuk membantu seorang lelaki untuk menguruskan jenzah. Dari apa yang berlaku terhadap jenazah tulah pengajaran cuba di sampaikan. Kisah ni Rashid Sibir dah buat rasanya kat slot Tanah Kubur dan melambak-lambak kisah begini di majalah Mastika dan sebagainya tu.

Itu semua dosa-dosa besar yang terjadi di zaman ini. Cumanya, kalau pengarah cuba buat satu kelainan dari segi dosa besar yang lain mungkin lebih menarik. Rasanya lebih 70 jenis dosa besar yang boleh diperkisahkan. Dan yang aku tak berapa nak berkenan, bila watak anak derhaka, lelaki penamal ilmu sihir dan wanita layan jantan ni digambarkan melalui watak orang kampung dan lokasinya di kampung. Memanglah semua tu tak mustahil berlaku. Cumanya macam pelik bila di kampung ada pelacur janda cari pelanggan. Kat situ macam tak logik.

Lagi satu hal anak dara bawak jantan balik rumah buat pesta sampai pagi ala-ala pesta buih tu, memang agak tak kena. Rasanya watak tu tak sesuai untuk orang kampung. Sebab kat kampung ni, orangnya memang busy body, susah sikit nak buat parti liar macam tu. Kalau jalan cerita dipadankan dengan watak yang lebih moden dan kebandaran mungkin kena. Apa-apa pun memang pengajaran sahaja yang dipaparkan melalui filem ini.

Dari 5 bitang aku kasi 2.5 bintang.


Mantap