Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 5 Mei 2013

Coretan Ku fasal PRU 13

HEBAT sungguh penangan PRU 13 tahun ni. Macam-macam spikulasi timbul sejak beberapa bulan dan mungkin tahun ke belakang ini. Aku tak pasti sama ada ia adat atau memang WAJIB untuk sesebuah parti itu memaparkan keburukan, membuka aib dan mencetus fitnah untuk meraih kemenangan. Sebab, susah benar aku nak nampak sesebuah parti itu menyokong atau memuji kebaikan parti lawannya. Semuanya terus cuba mecetus kejatuhan dan persengketaan.

Yang sana sindir yang sini. Yang sini sindir yang sana. Aku pun tak faham kenapa situasinya begini terjadi. Tak boleh ke, bersaing secara sihat? Bila 'ketua yang besar' dah lebih ke arah negatif dan sindir menyindir lawannya, anak-anak buah dan pengikut meraka pasti akan berkobar-kobar. Penyokong yang nampak lebih beria-ia sanggup mencederakan dan membahayakan diri sendiri semata-mata nak parti yang di sokong menang. Semua nak menganggap diri masing-masing adalah betul dan yang lawan adalah salah. Kau orang dapat hape duk memberontak macam tu semua? Dapat gaji buta 10K sebulan ke? Duduk goyang kaki kat rumah dapat duit ke? Ce citer...

Membuka aib iaitu menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain agar mereka membenci atau memusuhinya. Sejak awal lagi membuka aib ini dapat digunakan seseorang untuk menjatuhkan lawannya. Didalam perbuatan ini lebih banyak berisikan kebohongan dan fitnah. Oleh kerana fitnah dan kebohongan merupakan dua sifat yang dilarang oleh Islam, maka membuka aib pun amat dilarang. Allah SWT berfirman maksudnya:

“Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela yang kian kemari menghaburkan fitnah”. (Al Qalam ayat 10 dan 11) Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim dijelaskan maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang membuka aib orang lain".
Walaupun begitu di dalam Al Quran telah memberikan perbandingan dan gambaran yang jelas tentang keperibadian seseorang. Maka adalah lebih baik jika ingin membuat perbadingan tentang keperibadian seseorang yang buruk atau pun baik dengan merujuk ke dalam Al Quran. Jika ingin mengambil contoh tentang pemimpin yang zalim, maka Firaun adalah pemimpin tersebut. Jika ingin mengambil contoh tentang jutawan yang bakhil maka ceritakanlah tentang riwayat Qarun. Jika ingin mengambil contoh tentang orang yang suka menentang kebenaran maka ceritakanlah riwayat hidup Abu Lahab, Abu Jahal, Namrud dan lain banyak lagi yang lain.

Jadi hindarilah membuka aib orang lain dalam mengajarkan sesuatu yang mulia kepada murid. Tetapi gunakanlah pendekatan umum iaitu cukup dengan menceritakan keperibadian yang tercela tersebut tanpa menyebut nama orangnya. Melainkan jika nama-nama tersebut memang secara jelas disebutkan di dalam Al Quran tentang keburukan dan kederhakaannya maka dibolehkan menyebut keburukan dan keingkaran mereka. - sumber

Kadang-kadang aku pun tak faham kenapa sutuasi begini perlu berlaku. Aku dah mengundi? Sudah semestinya dah. Ha... ini bukti aku dah mengundi...


Tu jari aku keh... giler buruk jari telunjuk aku bila diwarna biru. Puas aku menyental, tak jugak hilang. Kekallah sangat kan. Cuba dia buat warna merah, leh gak berangan macam lepas pakai inai... kan kan kan? Apa dah... kalau anda tak tahu, bukan setakat kita aje berkempen PRU 13, GOOGLE MALAYSIA, YAHOO MALAYSIA dan YOUTUBE MALAYSIA pun berkempen PRU 13 jugak. Tengok betapa pentingnya hari ni sampai dapat liputan seluruh dunia. Tak caya? Tengok ni...

Google
You Tube

Yahoo

Kan? Bukan selalu belaku nih, 5 tahun sekali. So, sebelum hilang sempat gak aku print screen buat kenangan pada you all semua. Aku layak mengundi dan dah mengundi. Anda bila lagi? Buatlah pilihan yang tepat dan yakin dengan setiap pilihan yang anda buat. Kala inilah untuk mengubah apa yang perlu diubah...

Tunggu sahajalah malam ini keputusannya. Semua siaran tv PERCUMA duk sumbat pasal PRU 13... ... so, selamat mengundi!


Mantap