Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 31 Mei 2013

Ulasan Filem: BIKERS KENTAL

Sudah




ULASANKU

Lokasi penggambaran yang dibuat di Thailand dah cukup menarik dah. Cuma jalan cerita je tak berapa nak menarik. Bikers Kental, aku sangkakan cerita ni ala-ala dia berjuang demi mengharumkan nama negara kat Thailand dalam pertandingan yang melibatan bikers ke apa. Tapi, bila tengok dari minit pertama hingga habis, sedih! Filem ni bagi aku hanya menampilkan komedi kosong semata-mata. Konflik yang dibuat pun klise. Ala-ala perompak kehilangan duit yang diambil oleh Bidin. Adalah sikit kisah erti persahabatan. Sikit sangat macam tak menarik mana pun.

Yang bangangnya lagi, perompak tu gegeh cari Bidin balik sebab nak duit dia balik. Klise tak? Cerita macam ni zaman 90 an orang dah buat. Kental, aku tak pasti kental tu digunakan untuk apa. Adakah disebabkan Bidin yang sanggup pertaruhkan nyawanya nak selamatkan gadis Thailand yang entah hape-hape tu boleh dikategorikan kental? Kental sebab nak selamatkan perempuan? Kalau nak selamatkan mak ayah ke, adik beradik ke, kawan ke, okeylah jugak. Ni sebab perempuan Thailand yang baru dia kenal itu dikira kental? Itu bukan kental, itu tak siuman. Gegeh nak perempuan Thailand tu dah kenapa?

Lawak Zizan pun klise. Biasalah, nak perhatian penonton buatlah lawak berbau lucah sikit-sikit. So, ramailah yang suka. Nama watak perempuan Thailand tu menyedihkan. Macam satu penghinaan pulak. Saiya Suka Phon...kalau dalam sebutan jadi benda lain. Agak  kurang manis dialog macam tu.

Apa-apa pun dari 5 bintang aku bubuhlah 2.1 bintang untuk filem ni. Tak ada aksi yang mencemaskan. Jalan cerita dah dapat dibaca untuk plot-plot akan datang. Sedikit membosankan bagi aku. Kisah perompak tu tergantung macam tu aje.


Mantap