Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 4 Mei 2013

Ulasan Filem: BISIKAN SYAITAN

Sudah

Filem Sinopsis
Bisikan Syaitan

Pasangan suami isteri bernama Kamil (Fizz Fairuz) dan Soraya (Nabila Huda) yang hidup miskin berada dalam keadaan terdesak, sehinggakan mereka sanggup membuat perjanjian dengan syaitan yang melibatkan upacara terlarang. Apabila Soraya ditangkap polis dan dibabitkan dalam kes bunuh, Kamil harus membina sebuah kes yang kuat terhadap pihak pendakwa dan mengejar masa untuk menyelamatkan hidup Soraya.

Klasifikasi: P13
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 2 Mei 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pengarah: Faizul A. Rashid
Pelakon: Fizz Fairuz, Nabila Huda, Wan Sharmila, Azam Pitt

ULASANKU:

Apa yang boleh aku katakan mengenai filem ni, MENGECEWAKAN... sepanjang masa menonton filem ini aku tak habis-habis menguap. Filem SEMBUNYI: PERJANJIAN AZAZIL lebih TERBAIK berbanding filem ni yang aku boleh katakan entah hape-hape.

Ada satu babak tu, sebijik sejibon dia tiru gaya mati dalam filem orang puteh, Final Destination 1. Yang cikgu perempuan tu mati bila leher dia terkena kaca monitor komputer yang meletup dan tertusuk pisau yang jatuh dari kabinet dapur masa nak ambil kain lap yang ada di atas pisau dapur yang tersusun cantik dalam bekasnya. Sebijik dia tiru, dengan babak menjerang air tu sekali dia tiru bulat-bulat. Monitor berasap sebelum meletup. Motif sangat kan nak tiru bulat-bulat?

Babak hantu??? Tak seram langsung!!! Ada jugak aku tengok kat title credit masa permulaan filem, ada Juru Kesan Khas. Tapi sepanjang aku tengok dari minit pertama hingga minit terakhir, langsung tak nampak kesan khas dia. Adeh... BISIKAN SYAITAN, sesuai kut dengan tajuk sebab bisik-bisikan tu memang ada aje setiap masa. Dan aku pelik, apa jenis kekayaan yang Kamil tu dapat selepas perjanjian tu? Dari seorang penganggur tetiba kaya sebab jadi penguam??? Ajaib sungguh, dalam tempoh 10 tahun, dah boleh jadi peguam berjaya.

Lepas tu kewujudan watak adik beradik Kamil dan kekasih adik Kamil tu macam tak faham. Hantu dia keluar tak lebih 10 kali pun. Dalam poster bukan main seram hantu dia, dalam filem, entah hape2.. Siapa jurusolek kesan hantu dia? Babak hantu pun guna taktik biasa. Tak der kesan khas pun.

Sangat MENGANTUKAN. Masa tengok filem ni jugak, aku rasa macam nak forward cari babak hantu, seram dan mengejutkan. MEMANG TAK ADA LANGSUNG! Aku rasa TV3 nak ambil filem ni sumbat dalam slot Cerekarama pun fikir 3-5 kali. Pengajaran?? Hanya satu aku nampak. Jangan buat perjanjian dengan syaitan yang mana syaitan tu adalah... Soraya sendiri iaitu isteri Kamil. Watak suraya mati kena hukum gantung. Kalau dia buat babak Soraya bangit dari kubur jadi hantu mungkin lagi menarik. Babak adik Soraya yang dipengang oleh Wan Sharmila tu, tak penting kut. Watak kekasih adik kamil tu lagilah sengal! Mati kena bunuh dengan hantu Soraya. Logik kah? hantu boleh membunuh guna pisau potong bawang? 

Tak logik. Sisi tahyul tu masih boleh terima. Tapi sisi tak logik tu macam aneh aje. Aku pun tak pasti nak bagi berapa bintang untuk filem yang sangat menyedihkan dan trajis nih. Dari 5 bintang aku mampu kasi 0.5 bintang aje. Sorry ya?

Tags: BISIKAN SYAITAN (2013)PPVrip, BISIKAN SYAITAN (2013) DVDrip, BISIKAN SYAITAN (2013) HDRip, BISIKAN SYAITAN (2013) download, BISIKAN SYAITAN (2013) english subtitle, BISIKAN SYAITAN (2013) ulasan, review BISIKAN SYAITAN (2013).


Mantap