Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 11 Mei 2013

Ulasan Filem: Star Trek Into Darkness




UlasanKu:

Menonton Star Trek Into Darkness anda perlu berfikirkan ke depan dan membayangkan anda berada pada tahun maju ke depan yang mana zaman itu begitu moden dan canggih. CGI, kesan khas dan visual untuk filem ni memang terbaik. Memang banggalah dengan taknik kesan khas filem ni. Walaupun plot cerita sebenarnya sama macam filem-filem aksi yang lain tapi kecanggihan teknologi visual filem ni memang sangat ohsem (Oh! My english! Ada aku kesah?). 

Tak banyak plot di sebuah bandar metropolitan. Banyak plot di atas angkasa dan di dalam pejabat dan pesawat canggih. Plot dimulai dengan menyelamatkan penduduk sebuah planet bernama Titan yang bakal musnah akibat ledakan gunung berapi. Kejayaan menyebelahi mereka. Kemunculan seorang musuh dari zaman lampau telah memporak-perandakan hubungan baik Kirk dan Spock dan jugak Kirk dengan Laksamana Lucas. Anda tidak akan ngantuk melihat pengembaraan mereka di angkasa lepas. Penuh suspens dan sangat menarik.

Tak ada babak cinta yang terlalu banyak selain mengisahkan ikatan persahabatan di antara Kirk dan Spock. Ada babak sedih bila Kirk mati. Cuma babak tu tak buat aku menangis. Mungkin pelakon tidak menjiwai watak dengan betul kut. Happy ending bila yang jahat kalah, yang mati hidup balik. Anda boleh tengok kecanggihan teknologi terkini melalui zaman ini yang seakan lebih mementingkan pengangkutan ke luar cakerawala bumi. Pakaian dan fesyen penduduk bumi pun ada pengaruh makhluk asing yang agak pelik.

Dari 5 bintang aku kasi 4.99 bintang.


Mantap