Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 27 Jun 2013

10 Jenis Pengguna Jalan raya yang Aku paling tak suka!

Pernah tak korang memandu tak kiralah, kereta ke, lori ke, lori sampah ke, lori bawak taik ke, atau penunggang motosikal yang mengalami masalah pemandu tak faham bahasa atau pemandu selfish? Aku garenti seumur hidup korang sebagai pemandu atau penunggang pasti pernah mengalami masalah kronik yang macam aku alami ni. Aku senaraikan 10 ajelah. Sebenarnya banyak. Tapi, yang ni yang selalu berlaku pada aku. Keji!

1. Nak belok, pusing atau menukar lorong, tak reti nak hidupkan signal atau lampu kelip2 kuning tu. Aku pun tak faham, kenapa susah sangat nak hidupkan lampu tu kalau nak belok atau tukar lorong. Bukannya nak hidupkan lampu tu ko kena isi minyak tanah atau nyalakan guna mancis. Kang bila yang belakang ciom bontot kereta ko, sah-sah ko akan salahkan yang langgar sedangkan yang salah ko tu ko!

2. Penunggang motosikal yang bawa 50km/j pastu dia kat tengah aje. Ni lagi satu hal, aku tak faham kenapa ada manusia gini. Sedangka kat kiri tu ada lorong untuk uols yang lebih selamat. Kita yang naik kereta besar ni kena mengalah dengan dia dan kita pun sesama bawak 50 km/j. Ko rasa? Nak carooot tak???

3. Pemandu kereta yang bawa perlahan bawah 50km/j, tapi tayar kanan melekat kat line tengah. Kau rasa? Kau bengang tak tengok pemandu macam ni? Aku tahulah kau pun bayar road tax, tapi, kalau kau sedar kau tu bawak 50km/j, silalah melekat kan tayar kiri anda pada line kat tepi jalan sebelah kiri tu. Kalau rasa nak lekatkan tayar kiri tu kat rumput tepi jalan tu pun tak apa. Lagi elok Dahlah bawak lembab kat line tengah, masa kita potong tu bukan dia nak ke tepi, siap buat muka selamba macam dia sorang aje bayar road tax. Hampeh!

4. Kau bawak Mercedes, Vios, BMW, Satria, FLX segala bagai, tapi kau bawak 50km/j kat jalan lurus. Kau rasa VIdiVA aku  tu potong kerta kau, sentap tak? Kalau rasa nak bawak 50KM/j, kau tukar kereta dengan aku sekarang! Buat malu aje bawak kereta mewah tapi, slow motion. Lagi bengang kalau kat highway, kau bawak line kanan, bawak kereta mewah tapi lembab. Hai... kereta mewah kau tak boleh speed lebih 100kmj ke? sedih!

5. Hidupkan signal nak belok di saat-saat akhir. Kau rasa kalau molot kete aku ci0m bontot kereta kau, mulia sangatlah? Sah-sah kau akan mintak ganti rugi kat aku sedangkan kau yang salah sebab lambat hidupkan signal. Apa? Kau ambil lesen terbang ke apa?

6. Teragak-agak nak keluar simpang. Aku dah slow kan kereta, kau boleh teragak-agak nak keluar simpang. Sampaikan aku kena berhenti baru kau nak keluar simpang?? Kau ingat kau diva? Kau ratu? Miss Universe? Dah bagi lalu bukan nak angkat tangan terima kasih  ke apa. Buat muka tenok adalah. Nak aje aku tunjuk jari tengah aku yang runcing ni. Mujur aku ni baik lagi mula hanya senyum aje.





Mampu bawak kereta macam ni?


7. Potong Que.... ni paling aku tak suka, menyampah dan benci sampai mati. Aku punyalah berminit-minit tunggu lampu isyarat bertukar hijau dekat 3 kali. Tiba-tiba time aku nak jalan kau mencelah depan kereta aku sesuka hati laki mak tiri jiran sebelah kau punya sepupu aje, kan? Kau rasa kau hebat? Kau ingat bapak kau pengarah besar JKR aku nak hormat? Aku kalau jumpa pemandu lahanat macam ni memang aku keji berbakul-bakul sampai tak muat bakul tu. Peduli apa aku.
Kau rasa spoiler ko tinggi ko hebat??

8. Penunggang motosikal yang suka menyelit-nyelit. Aku lebih kepada ngeri sebenarnya. Kekadang bila tengok penunggang motosikal menyelit, aku risau dia terlanggar side mirror aku. Kalau side mirror aku patah atau pecah sape nak ganti? Sah-sah ko akan terus blah macam tu, aje kan? Kalau kau tersenggol side mirror aku lalu hilang kawalan masuk bawah terela lalu mengilis tubuh badan ko, ko hengat aku tak fobia tengok ko kena gilis depan mata aku? Selisih malaikat 44 okey!


9. Pemandu kenderaan empat roda yang memotong di lorong kiri. Ni paling aku bengang. Semua orang nak cepat sampai ke destinasi dituju. Tak adanya orang memandu kereta suka-suka nak sesakkan jalan raya. Bila kau memotong dari sebelah kiri tetiba kat depan jalan sempit, kau sibuk mencelah depan kereta aku. Apa kes nok??? Nasib baik aku ni baik hati bagi kau masuk. Kalau kereta aku kebal, kalis segala-galanya, memang aku langgar aje kereta ko. Kecuali kau bawak van ambulans, baru aku boleh berkompromi. Van mayat pun aku leh berkompromi.

10. Berhenti kat bahu jalan sempit sesuka hati dia aje. Ni biasa manusia-manusia pemalas yang kononnya sekejap. Berhenti kat bahu jalan sebab malas nak cari parking atau parking jauh. Okey, berhenti line pertama okey lagi. Tapi kalau dah sampai blocking jalan, apa cerita mat? Apa cerita minah? Kau rasa jalan tu bapak kau punya? Paling pantang kat jalan sehala. Kau rasa, kalau aku blocking kereta kau masa kau nak terberak apa perasaan kau?

Itulah 10 jenis pemandu yang aku rasa kekadang macam apa entah. Aku pun terfikir, kenapa mereka macam tu. Di sebabkan aku ni positif thinking kononnya, aku anggaplah semua tu kesilapan kecil selagi tak belanggar. Dan aku pun fikir mungkin satu hari nanti aku pasti akan buat kesalahan yang sama. So, aku sabar ajelah memaki sendirian. Pendam perasaan gaytuh. TAPI HAKIKATNYA, KAU DAH MENYUSAHKAN PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN KAU TAHU TAK?!!! Wah... marah sungguh tuh...  Hahaha...

So, kepada pengguna jalan raya, pleaselah behave, jangan nak menjaja ikan (selfish) sangat kat jalan raya. Pengguna jalan raya lain pun ada hak nak guna jalan yang korang guna tu. Jual anak ikan pun tak dibenarkan ya, di atas jalan raya. Bimbang 'abang-abang, 'akak-akak' dan 'adik-adik' duk berhenti kat bahu jalan menjala, tak sesuai uols! So, kalau ada yang terasa tu, silalah berubah sebelum anda diberubah kan. Eh, macam mana tu? Kekeke...

Kau rasa kau nak jadi macam ni??? So, silalah berhati-hati di jalan raya.



Sudah

Mantap