Headlines
Published On:Ahad, 23 Jun 2013
Posted by RUDI ZONE

JEREBU: KENYATAAN AKHBAR 23 JUN 2013




KENYATAAN AKHBAR
YB DATO’ SERI DR. SHAHIDAN KASSIM
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
BAGI SITUASI JEREBU DI SELURUH NEGARA PADA 23 JUN 2013


1.        Memandangkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah melebihi 500 iaitu pada tahap Kecemasan atau Emergency, YAB Perdana Menteri telah mengisytiharkan keadaan Darurat Bencana Jerebu bagi seluruh Daerah Muar dan Daerah Ledang bermula pada 23 Jun 2013 sehingga ke suatu tarikh apabila keadaan menjadi semakin pulih.

2.        Pengisytiharan Darurat Bencana Jerebu ini berbeza dengan Pengisytiharan Darurat Keselamatan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong.

3.        Pengisytiharan Darurat Bencana Jerebu yang dibuat secara pentadbiran dan eksekutif oleh YAB Perdana Menteri ini adalah untuk memastikan pengemblengan sumber seluruh Kementerian dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah bagi mengatur dan mengambil langkah-langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara.

4.        Dalam tempoh Darurat Bencana Jerebu ini, beberapa tindakan perlu diambil oleh semua pihak terutamanya Kerajaan dan juga melibatkan sektor-sektor swasta (majikan) dan masyarakat.

5.        Antara tindakan yang akan dilaksanakan dan dipantau secara berterusan oleh MKN, adalah:

i.       Menasihati penutupan pejabat dan premis Kerajaan ataupun swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, kawasan pembinaan, kuari serta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.  Langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah diambil pada setiap masa.  Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan perlu serta agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan pengurusan bencana di bawah Arahan MKN No. 20 dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan perlu menjalankan tugas mereka seperti biasa.

ii.      Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan Kemajuan Masyarakat serta mana-mana agensi yang berkaitan melaksanakan penutupan semua sekolah, taman didikan dan pusat jagaan kanak-kanak yang terletak dalam kawasan Darurat Bencana Jerebu.

iii.    Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan Malaysia mempertingkatkan penyiaran maklumat-maklumat kesedaran mengenai jerebu secara berterusan untuk panduan orang awam.

iv.    Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana agensi yang berkaitan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap sumber-sumber yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.

v.     Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mempergiatkan operasi pemadaman kebakaran hutan tanah gambut dan pembakaran terbuka dengan kerjasama agensi-agensi lain.

vi.    Kementerian Kesihatan Malaysia mempertingkatkan pemantauan dan rawatan bagi masalah kesihatan yang disebabkan keadaan berjerebu di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan.

vii.   Jabatan Meteorologi Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan melaksanakan aktiviti pembenihan awan dalam keadaan cuaca yang membolehkan kejayaan operasi bagi mengurangkan masalah jerebu; dan

viii. Semua Kementerian atau agensi-agensi yang berkaitan dan orang awam menangguhkan aktiviti-aktiviti luar atau riadah.

6.        Pengisytiharan Darurat Bencana Jerebu ini hanya melibatkan Daerah Muar dan Daerah Ledang memandangkan keadaan jerebu di sana telah mencapai Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebih 500.  Manakala, di kawasan-kawasan yang lain, walaupun keadaan jerebu tersebut adalah juga teruk tetapi secara teknikalnya masih belum mencapai tahap IPU yang membolehkan pengisytiharan darurat tersebut.  Namun begitu, langkah-langkah perlu yang telah pun diambil oleh agensi-agensi Kerajaan di negeri-negeri Melaka, Negeri Sembilan, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

7.        Pembenihan awan masih tidak dapat dilaksanakan lagi pada masa ini.  Tinjauan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menunjukkan bahawa keadaan cuaca kering dan tidak berawan tidak memungkinkan pembenihan awan ini dilakukan.  Ini kerana sistem Taufan Tropika Bebinca (Fabian) yang sedang melanda di Laut China Selatan masih aktif dan dijangka akan berakhir pada 24 Jun 2013.  JMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia sentiasa bersiap sedia untuk melaksanakana pembenihan awan tersebut apabila keadaan mengizinkan.

8.        Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar/sukan/riadah, minum air yang banyak dan memakai topeng muka terutama bagi golongan yang berisiko tinggi serta memasang lampu kenderaan dalam situasi penglihatan yang tidak baik untuk mengelakkan kemalangan. Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk tidak membuat pembakaran terbuka serta melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada JBPM di talian 999 atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.



MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
23 JUN 2013

Sumber


Sudah

Perhatian

Posted by RUDI ZONE on 4:22 PTG. Filed under . RUDI ZONE tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial atau blog ini di bawah Akta 114A Keterangan 2012. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

By RUDI ZONE on 4:22 PTG. Filed under




Topics :

Change Background

Laman blog ini sesuai dilayari dengan paparan terbaik Mozila Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1280 X 1024.

Lain-Lain


DIARI

ARTIKAL

E-NOVEL

RESIPI

NOVEL PILIHAN

SHARING

HIBURAN

INFO

Popular Posts

Statistic:
Segala kandungan di dalam blog ini dilindungi oleh:
DMCA.com DMCA.com