Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 25 Jun 2013

Menternak dan Pembenihan Awan

Wah... awan pun boleh diternak? Ko mampoo? Apa yang pasti semuanya atas kehendak TUHAN jugak. Tanpa DIA, apa-apa proses pun tak jadi. Sebagai manusia kita harus berusaha. Jangan ada yang cuba-cuba buat proposal loan bank untuk buka peniagaan menternak awan pulak? Ramai yang pengsan kan kaunter bank tu nanti.

Menternak dan  pembenihan awan biasanya terkenal atau popular bila mana sesebuah negara itu dilanda jerebu dan mungkin kemarau. Yang mana di ketika itu, sesebuah negara itu sudah di istihar darurat atas kekotoran udara yang semakin tercemar teruk. Jadi, kaedah penternakkan atau pembenihan awan ini releven dilakukan untuk menyelesaikan masalah udara tercemar ini. Udara tercemar? Biasanya disebabkan asap pembakaran terbuka dan kilang-kilang industri yang menyebabkan atmospera bumi diselaputi asap tebal yang membahayakan makhluk di atas permukaan kerak bumi.

Jadi, di sini aku nak kongsikan serba sedikit tentang menternak atau pembenihan awan untuk mereka-mereka yang sebelum ni tak tahu macam mana kaedah menternak atau pembenihan awan ini di lakukan. Sumber di ambil dari laman web Meteorology Malaysia di sini.


Menternak awan atau membenih awan banyak memberi sumbangan yang tinggi dalama kitaran hidup. Menternak awan merupakan satu proses yang agak rumit tetapi kesan kepada manusia atau kehidupan kita terlalu bermakna sehingga wang ribuan bukan jadi paras ukuran untuk mengelak pertenakan ini berlaku. Setiap titisan air atau hasil dari peternakan ini amat ditunggu-tunggu oleh setiap pertani dan lapisan sektor di muka bumi ini tetapi malangnya sektor perikanan terutamanya nelaya mereka akan kurang menyukai kedahirannya kerana ia menyekat mata pencarian mereka. Ini disebabkan setiap titisan air yang jauh, tinggi kebarangkalian akan ditemankan air yang amat ganah sehingga mengilakan permukaan laut yang tenang. Walaubagaimanapun para nelayan harus tahu tanpa titisan air kitaran kehidupan amat payah dan mungkin kekaburan mata akan meningkat sehingga membawa maut. Ini bermakna perternakan awan amat penting untuk semua. Terdapat 3 jenis perternakan awan iaitu:

Jenis-jenis Pembenihan Awan:


Pembenihan dinamik awan
Arus udara menegak terdorong dan lebih banyak air melalui awan. Hal ini membawa pada lebih banyak hujan. Kaedah ini mempunyai 11 peringkat yang berbeza yang terlibat dan setiap kesalahan di salah satu peringkat boleh merosakkan seluruh proses.

Pembenihan Awan Higroskopik
Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan garam melalui bahagian bawah awan. Air tertarik pada garam dan siaznya membesar lalu turun ke bawah sebagai hujan. Teknik ini masih memerlukan banyak kajian.

Pembenihan Awan Statik
Bahan kimia iaitu silver iodide disebarkan ke dalam awan. Kelembapan yang terdapat dalam awan terkondensasi di sekitar kristal. Hal ini membuat awan lebih berkesan dalam penyebaran hujan di tempat – tempat tertentu.



Kelebihan Dan Kekurangan Pembenihan Awan

Advantages of cloud seeding Disadvantages of cloud seeding
  • Mengurangkan kekeringan. Hujan boleh memberi air untuk tanaman.
  • Meningkatkan bekalan air bersih sehingga orang-orang di dunia boleh memastikan keperluan mereka selalu sedia.
  • Mengurangkan saiz ‘hailstones’. ‘Hailstones’ amat bahaya bagi orang dan hanya hujan dapat menghindarinya.
  • Mementikan ribut taufan yang utama yang terbentuk dan mengurangkan jumlah kerosakan.
  • Mengurangkan jumlah kabus di lapangan terbang sehingga keselamatan pesawat/ kapal terbang untuk berlepas akan terjamin.
  • Pembenihan awan bergantung pada cuaca.
  • Kehadiran awan adalah suatu kemestian.
  • Teknik ini juga bergantung pada suhu dan komposisi awan.
  • Pembenihan awan amat sangat komplek cara persediaannya dan mungkin mengambil masa beberapa tahun latihan untuk menghasilkan buah (awan).
  • Tidak ada sistem kawalan di tempat untuk menentukan di mana hujan akan jatuh.
  • Kos yang mahal.

Sumber

So, di harap kalian semua  fahamlah serba sedikit apa yang aku kongsikan ni ya? Kepada adik-adik yang tak tahu macam mana proses pembenihan awan dan jenis-jenis pembenihan awan, harap artikal ini dapat membantu. Hehehe..


Sudah


Mantap