Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 3 Jun 2013

Produk bermusim di Facebook aku



Sejak Facebook mula berleluasa, peniaga produk juga semakin berleluasa. Terutama yang menjual produk secara online. masing-masing berlumba-lumba promote produk masing-masing di profile, grup, page dan alin-lain di Facebook. Tidak terkecuali wall Facebook aku yang turut tidak ketinggalan dipenuhi dengan tags, dan iklan pelbagai produk. Kebanyakkan berkaitan dengan produk untuk kuruskan badan dan kecantikan wajah. So, di sini aku nak show off di antara produk yang meletup-letup secara bermusim.

Aku tak pasti kenapa produk-produk ini bermusim. Mungkin ini strategi sesetengah grup MLM untuk menjual produk mereka mengikut kehendak pasaran. Kebiasaannya produk yang macam ni hanya akan terkenal dan dikenali ketika produk ini mula di pasarkan, atau menukar wajah baru atau pembungkusan baru. Bila lama-lama, produk ini semakin hilang di pasaran. So, di sini ada beberapa persoalan yang bermain di fikirkan aku kenapa produk ini laris mengikut musimnya?

Adakah disebabkan produk ini produk percubaan? Permintaan awal yang membeli ingin mencuba berkesan atau tidak produk itu dan bila terbukti produk itu tidak berkesan untuk mereka, mereka akan stop beli. Sebab itu permintaan produk-produk ini semakin berkurangan. Adakah alasannya begitu? Apakah produk itu menipu pengguna.

Sejujurnya aku juga menjadi mangsa keadaan ya. Tertipu dengan helah penjual dan penipuan penjual. Atau mungkin semua produk ini tak sesuai dengan aku. Mungkinlah. Tapi dari penilaian aku, produk-produk yang aku list kan ni adalah produk yang dah tak nampak dah kat wall aku. Dulu, bukan main banyak orang berebut-rebut nak jual.

1. Susu SD2

Ingat tak produk di atas ni? Tahun lepas berebut-rebut semua orang nak jual susu ni. Siap ada testinomial yang banyak lagi kat Facebook. Aku pun dah terpengaruh dengan susu ni jugak. Siap dah beli dua tin. Katanya berkesan. Boleh makan ayam goreng, seafood dan sebagainya. Tapi jangan makan makanan yang berkarbohaidrat. Disusuli dengan senaman ringan. Dua tin minun tak da kesan aku terus stop!

Alih-alih produk ni terus sepi tak ada orang berpusu-pusu nak jual. Kenapakah? Adakah disebabkan produk ni memang tak berkesan atau, produk ni terlalu mahal tak setara dengan kesannya? Aku pun tak tahu. Apa yang pasti memang dah tak nampak dah orang jual produk ni.


2. White Light


Ha, yang ni lagi satu produk yang aku rasa semakin lenyap penjualannya. Masa mula-mula diperkenalkan memang ramai yang jual. Siap ada penjual yang bergaduh mengaku dia punya original yang lain palsu. Sudahnya aku dah beli pada kedua-dua penjual kesan dan produknya sama aje tak ada beza. Kesan? takder langsung. Kalau anda rasa macam gigi korang macam putih gitu, itu feeling2 korang aje, wal hal memang tak ada perubahan pun. Aku memang harap produk menipu ni lenyap terus.


3. Felinna Inch loss


Awal-awal kemunculan produk kecantikan kuruskan badan ni mula dipasaran, aku tengok punyalah ramai yang ual dan beli. Dia ala-ala revolusi Minyak Mustajab Pati halia dulu. Nak kuruskan badan dengan sapu krim? Are you serious?? Jangan nak merepeklah. Ingat senang ke minyak panas ni nak meresap pada kulit? Ingat kulit kita ni tipis ke? Kita punyalah gigih menahan kepanasan wal hal lemak tu tetap di situ dengan jayanya. Beberapa bulan lalu produk ni memang laris macam goreng pisang panas. Pemborong siap upload gambar stock dia berbakul-bakul. Tapi sekarang, hilang dah? kenapa? Sebab produk ni memang tak berkesan, kan? Sebab tu orang yang beli tu semuanya nak mencuba sbb tu sales meninggkat. Bila dah cuba sekali tak berkesan terus tak nak beli lagi dah. Tu sebab dah kurang orang jual benda alah ni.


4. Zirana Korset


Krim sapu menyapu pun tak boleh jalan, muncul pulak pakaian korset untuk nampak kurus. Tapi produk ni masih kelihatan di wall Facebook aku. Cumanya dah kurang penjualannya disebabkan apa? Aku pun tak tahu. Tapi dari pengalaman sendiri, korset untuk lelaki tu memang mengatalkan! Tak ada pun menguruskan. Bila kita pakai baju sempit serta merta otak akan setkan untuk mengawal pernafasan supaya boroi tidak kelihatan. Bila kita duduk, keboroian itu masih tetap nampak. Dalam masa 2 bulan baju ni akan longgar selain cara pemakaiannya agak melecehkan. Jika anda berkulit sensitif, mungkin akan terjadinya gatal-gatal pada kulit bila fabrik ini bersatu dengan peluh anda dan akan mengumpul bakteria pada fabriknya. Memanaskan dan merimaskan. Produk ni pun mula kelam di pasaran wall Facebook aku.


5.  Aura White


So far produk ni masih ada permintaan. Aku tengok kat kios menjual jamu dan herba kat Batu Pahat ni pun ada jual produk ni. Adakah produk ni akan menjadi produk bermusim juga? Akan lenyap begitu sahaja bila terbukti tidak berkesan? Yang anehnya, duta untuk produk ini dah memang sedia gebu dan cantik, bolehlah jadikan testimonial. Cuba jadikan orang yang muka teruk gila jadi cantik, boleh tak? Hahaha...

Di atas tu diantara produk yang bermusim di wall Facebook akulah. DIULANGI, PRODUK BERMUSIM DI WALL FACEBOOK AKU! Sekarang ni produk untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dari  Shiseido tengah hot dan meletop. Apakah produk itu juga akan jadi produk bermusim? Apakah produk ini berkaitan dengan MLM? Waulahualam... Nasihat aku sebelum membeli sesuatu produk tu, tengoklah testimonial yang negatif juga. Jangan terpedaya dengan testimonial yang indah-indah belaka. Kadang-kadang photoshop aje labih ok? Selamat beronlins shopping!



Mantap