Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 21 Jun 2013

Redakan Stress ala HJ


Sebagai penulis atau novelist, stress adalah satu benda yang memang tidak boleh dielakkan tatkala mahu mencurahkan idea dalam bentuk ayat yang lebih terperinci dan indah. Kadang-kadang idea dah mencurah-curah, tapi bila mood tak ada disebabkan gangguan emosi stress boleh menyebabkan keinginan hendak menaip dan perkembangan otak untuk mereka atau merangka ayat dalam bentuk situasi, dialog dan imaginasi sukar untuk dilaksanakan.








Apa Itu Stress?

Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)


Apakah Yang Berlaku Ketika Stress?

Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.


Apakah Tanda-Tanda / Gejala Umum Stress ?

Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian :

Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.

Masalah Kesihatan Dan Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress

Sakit jantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and Heart Disease)

Insomnia atau susah tidur. Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977; The Complete Idiot’s Guide To Managing Stress)

Kencing manis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County Psychiatric Associates; 1998)

Gastrik dan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya, jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984; Breakdown in human adaptation to stress)

Infeksi atau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by Hannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74 ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. (Brosschot, J.F., Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux, R.E., 1994; Influence of life stress on immunological reactivity to mild psychological stress: Psychosomatic Medicine)

Asthma. Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health)

Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)


Sejujurnya aku sendiri banyak kali mengalami gangguan emosi yang menyebabkan stress yang agak teruk. Kesan ketara, rambut dah melata uban. Dulu rajin lagi mencabut. Tapi bila uban dah memang banyak, lantak pi lah. Anggap ajelah tu highlight atau simbol kedewasaan walaupun perangai kekadang mengalahkan budak-budak hahahha...

Sebagai penulis, punca stress yang menjadi kebiasaannya adalah disebabkan, kerja utama, study, masalah keluarga, masalah percintaan, masalah rumah tangga dan masalah-masalah lain yang sama waktu dengannya. Masalah tu semua memang wajib berlaku pada diri kita selagi diri bergelar khalifah atau manusia di muka bumi ini. Tapi, untuk manusia macam aku ni, mungkin kerja utama tu tak berapa nak ada. On off, on off gitu. So, stress nya tak adalah banyak. Tapi tetap ada juga bila sampai satu-satu masa tu aku akan mengalami stress yang agak berat.

So, di sini aku nak kongsikan cara aku redakan stress bila aku dalam keadaan stress ya amat sangat sehingga menjejaskan idea dan mood untuk berkarya. Apa yang disenaraikan ni adalah selain dari mendekatkan diri dan berzikir pada TUHAN dan berselawat kepada rasul-NYA.

1. Online atau melayari internet laman sosial anda sampai bosan. Bila dah bosan pasti akan berkarya. Ini untuk insan seperti akulah yang mana online bukan sesautu yang wajib dihadap 24 jam atau bila dah online tak lekang dari skrin menghadap FB dan lian-lainnya. Duk berkomen-komen sampai tak ingat waktu dan masa.

2. Makan... cara ni sebenarnya ramai dah buat. Kalau stress makanlah sesuatu yang anda suka. In shaa ALLAH boleh redakan sedikit stress anda.

3. Tidur. Tidur sekejap. Tapi kalau dah malam, tidurlah sampai pagi. Sebelum tidur baca doa tidur (kalau dah malam) atau berdoa (tidur siang) pada TUHAN bila dihidupkan lagi nanti. stress itu hilang. Cara ni selalu aku buat, Hahaha...

4. Window shopping. Bukan shopping yer? Kang kehabisan duit pulak kalau duk bershopping aje. Nak shopping boleh tapi ikut kemampuan.

5. Melayari laman web kegemaran anda. Contoh baca blog daripada blogger kegemaran anda atau apa-apa sahajalah. Kalau aku, aku suka masuk web site jenama antarabangsa terkenal tengok produk terbaru mereka. Produk yang aku suka handbag dan perfume. Dengan membaca review perfume dan meneliti design terbaru rekaan pereka terkenal pun boleh melegakan sedikit stress aku...

6. Menonton drama/filem lama yang pernah menjadi kegemaran anda atau filem/drama yang baru anda download atau tonton aje secara online.

7. Buat sesuatu yang diminati (anda minat), seperti memasak, mengemas bilik, menghias rumah, mencantikan kereta, menyusun meja kerja dan lain-lain. Bak kata orang, buatlah hobi anda.

8. Baca novel kegemaran anda. Jika novel yang dibaca tak kena dengan jiwa, cepat-cepat tutup dan baca novel yang kena dengan jiwa anda. Tak kisahlah novel atau komek atau majalah sekali pun. Janji ada benda yang anda suka baca. Please jangan baca bahan bacaan yang anda tak suka atau tak kena dengan jiwa. Akan menambah stress anda nanti.

9. Mainkan lagu-lagu kegemaran anda sama ada menggunakan earphone, headphone atau speaker. Dengar dan nyanyi-nyanyilah bersama penyanyi kegemaran anda itu. Atau kalau nak lebih best, pergi pusat karaoke dan melalaklah seorang diri atau bersama teman-teman. Cara ni pasti akan buat anda hilang terus stress untuk seketika.

10. Pergilah menonton wayang bersama pasangan(untuk yang dah berkekasih/berkahwin). Atau bersama teman-teman (untuk yang single). Atau Tonton sorang-sorang pun boleh. Anda bayar tiket, suka hati korang kan nak tengok sesorang ke apa? Mana tahu boleh dapat idea masa tengok wayang tu. Lepas tengok wayang tu lepaklah dan bergossip dengan member2 sekepala.

Itulah 10 cara HJ atau aku untuk hilangkan stress kalau dalam keadaan stress. So, harap apa yang HJ atau aku kongsikan ni bolehlah digunapakai. Kalau tak semua, satu pun jadilah kan? Hehehe.. pelik tapi benar yer? hehehe..

Mantap