Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 16 Jun 2013

Sekitar Anugerah Blockbuster 2013

Sudah

Malam tadi telah berlangsung Majlis Anugerah Blockbuster 2013 yang dianjurkan oleh Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama daripada Astro selaku saluran rasmi. Tapi aku rasa macam majlis anugerah MIG hahaha. Untuk majlis ini, sebanyak 13 kategori dipertandingkan dan semua keputusan ialah berdasarkan 100 peratus undian daripada orang ramai. Ini ialah gambar-gambar permaidani merah untuk majlis tersebut.

Suka gaun ni, cuma warna tu kalau ceria sikit mungkin lebih menarik.
Fesyen macam nih dah banyak orang gayakan sejak tahun 2000 lagi. teksi!

Keputusan penuh semua pemenang ialah:-
  • Anugerah Filem Terhebat – Hantu Kapcai
  • Anugerah Tuan Direktor Terhebat – Syamsul Yusof (‘Jalan Kembali – Bohsia 2′)
  • Anugerah Filem Aksi Terhebat – ‘Hantu Kapcai’
  • Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (‘Hantu Kapcai’)
  • Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsuddin (’3 Temujanji’)
  • Anugerah Drama Muzikal Terhebat – ‘Aku Ada, Kau Ada???
  • Anugerah Lagu Tema Terhebat – ‘Beginilah Caranya’ (filem ‘Aku Ada Kau Ada’)
  • Anugerah Hero Baru Terhebat – Izzue Islam (’29 Februari’)
  • Anugerah Heroin Baru Terhebat – Neelofa (‘Hantu Kapcai’)
  • Anugerah Direktor Baru Terhebat – Dharma Harun Al-Rashid (‘Adik Manja Returns’)
  • Anugerah Watak Penjahat Terhebat – Sofi Jikan (‘Jalan Kembali- Bohsia 2′)
  • Anugerah Filem Kelakar Terhebat – ‘Hantu Kapcai’
  • Anugerah Filem Seram Terhebat – ‘Sumpahan Kum-Kum’
  • Anugerah Filem Terhebat Astro First – ‘Ombak Rindu’
  • Anugerah PFM – Mejar David Teo
  • Anugerah WeChat – Stacy
Untuk makluman anda, majlis ini berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor. Lagi 13 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Faisol Mustafa via Malaysian Digest.

Gaya yang selalu dia gayakan kalau pergi majlis anugerah. Kekal maskulin dan macho...

Konsep apakah? Neelofa pilih gaya anggun dan kedewasaan. Tetiba hans muncul dengan gaya anak muda. Hilang terus gaya macho dan maskulinnya. Tau, gaya seluar senteng tu trend sekarang. Tapi, tak sesuai kut depakai dengan full kot. Cap tu... peliklah... Neelofa nak tegur takut Hans kecik hati ek apa?

Mana Kamal? Tertinggal flight ke? Hahaha...
Ramai yang pakai hitam malam ni. Ada perkambungan kah? Siapa dia ni? Aku tak kenal pun? Anugerah ni untuk artis-artis MIG je ke? Hahaha...

Walaupun warna pelangi, aku suka pakaian ni. Nampak ceria dan segar. Sesuai dengan majlis kut.

Meletup uols baju Yana ni. Terserlah gaya 'diva' dia di situ. Ala-ala gaun DCT gitu... I like walaupun potongan gaun macam ni dah lama DCT gayakan beberapa tahun yang lalu.

Gaya Didie ni memang dag macam ni ala2 nak ikut Lady Gaga gitu. Okeylah, gabungan korset tu nampak elegent sikit.

Bau ji menarik kalau potongan betul-betul ngam2 dengan potongan badan. Tapi, kalau kita tengok baju ni macam lebih besar dari saiz badannya dan nampak macam ada yang tak kena.


Ni Shaee ke? Adakah ini baju dr designer Indonesia? Maca design Rizman Ruzaini. Ala-ala polkadot gitu.

Gaya suai padan yang klise.. tapi lelaki memang gitu kut. Tak banyak choice. Pakai lebih-lebih kang di cop 'adik-adik'.

Hero drama Jodoh ni memang suka gaya macam ni kut. Tu yang dia nampak selesa.

Tolong! Setiausaha siapa tersesat kat majlis anugerah ni? Sila kutip balik! Hahaha... dek ni majlis anugerah, bukan konsert minggu setiausaha. Sekian!

Sangat diva! I like... Ala2 KD gitu...
Sumber.

Mantap