Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 10 Jun 2013

Ulasan Filem: AFTER EARTH






ULASANKU: Bagi pendapat aku cerita ni okeylah, cuma perjalanan cerita agak lembab sebab mesej-mesej yang nak disampaikan macam entahlah... Filem ni pun hanya memakan masa 1 jam 30++ minit je tapi terasa macam 2 jam pulak sebab plot cerita yang terlalu lambat. Jika kita tengok pada iklan filem ni, banyak aksi pergaduhan dengan makhluk asing berlaku. Tapi bila ditonton, emmm.... sedikit mengecewakan.

Hampir satu jam yang pertama, perjalanan cerita masih banyak dialog berbanding aksi. Jika dibandingkan aksi filem ini dengan aksi dalam filem A Good Day To  Die Hard, rasanya flem A Good Day To Die Hard lebih banyak aksinya. 15 minit pertama sahaja sudah ada aksi.. Tapi filem ini hampir sejam yang pertama masih plot dialog di antara keluarga hero dan para anak kapal angkasa. Masa kapal angkasa mereka terhempas mematikan semua kabin2 yang ada dan tinggalkan dua beranak ni pun masih banyak dialog berbanding aksi.

Aksi hanya muncul dikala  minit-minit hujung iaitu 30 minit terakhir. Disebabkan kelembapan plot itulah beberapa kali jugak aku menguap menonton filem ini. Tak banyak aksi mendebarkan atau suspen. Yang ada hanya sebuah kisah perjalanan seorang remaja untuk menjejaki ekor pesawat mereka yang terputus dua untuk berhubung dengan pusat kawalan utama di planet mereka akibat ribut meteor. Macam planet marikh pun ada gak sebab banyak batu merah plenet baru mereka.

Ada babak sedih pada hujung cerita yang membuatkan aku menitiskan air mata. Dari 5 bintang aku hanya mampu kasi 3.5 bintang untuk filem ini. Star Trek rasanya lebih hebat CGI dia dari filem ini. Apa-apa pun, bolehlah diterima filem ini jika nak dibandingkan  filem OH! Mak Kau! Yang aku tak tengok habis dah tengok cerita lain. Hahaha....


Mantap