Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 1 Jun 2013

Ulasan Filem: KIL






ULASANKU

Lembab, itulah yang aku gambarkan untuk filem ini. Sebuah filem flop yang menarik juga. Konflik yang agak menjadi dan buat penonton tertanya-tanya. Plot berjalan sekata cumanya lembab sedikit. Jika mereka yang tak suka karya jenis flop, mungkin akan mengantuk atau ternguap berjuta-juta kali.

Jangan diharap, sebuah komedi ala-ala Bikers kental, romantik ala-ala Twilight dan berdebar penuh suspen macam Iron 3 pada filem ini. Filem ini adalah sebuah cerita kehidupan seorang lelaki yang berputus asa untuk teruskan hidup akibat kehilangan ahli keluarga akibat kecuaian dirinya sendiri. Jadi, dek rasa bersalah tu lah dia tak nak teruskan hidup. Hidupnya sudah tiada sesiapa lagi, jadi baginya hidup sudah tidak bermakna.

Realitinya ada manusia macam Kil ni. Yang tak sanggup untuk meneruskan hidup disebabkan sesuatu yang telah berlaku menyebabkan menghitamkan masa depannya. Dalam filem ni aku dapt sedar bahawa betapa berharganya sebuah kehidupan. Berat dugaan hidup yang kita hadapi, ada lagi manusia lain yang menanggung kehebatan dugaan hidupnya. Apa yang pasti, punca watak-watak dalam cerita ni yang putus asa untuk hidup berpunca dari sebuah 'kehilangan'. Kehilangan insan yang tersayang.

Menyedarkan diri aku bahawa ada lagi beratus dan mungkin berjuta manusia yang sakit di hospital inginkan kehidupan, kenapa kita yang sihat hendak menamatkan riwayat kehidupan kita dengan sia-sia? Sejujurnya ada jugak part yang mengantuk bagi aku. Dari 5 bintang aku kasi 3.9 bintang. Nak tahu Kil mati ke tak sebab nak bunuh diri, kenalah tonton sendiri.


Mantap