Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 14 Jun 2013

Ulasan Filem: Man Of Steel

Sudah





ULSANKU: Menonton filem ini pasti anda akan terfikir dia ala-ala  Jack The Giant Slayer sebab filem ni pun di inspirasikan jugak. Apa yang boleh aku katakan filem ini menarik cumanya, agak padat. Padat dari segi apa? Dari segi jalan cerita. Plot macam tergesa-gesa. Yalah, mungkin disebabkan sejarah Superman ni agak panjang, nak di pendekan jadi 2 jam 4 minit lebih kurang, so, pengarah ambil bahagian-bahagian penting aje. Mungkinlah.

Kekeliruan berlaku bila plot flash back dan plot sekarang tidak dimaklumkan atau dibezakan melalui bentuk visual. Kalau tak fokus, anda akan keliru, bila watak-wayak Clark Kent masa kecil saling bertindan-tindan membuatkan aku sedikit pening.

Sama seperti filem After Earth, 1 jam pertama memang banyak berbual dan plot slow. Aku menguap beberapa kali. Masuk Sejam setengah kemudian, aksi mula berlaku dengan begitu banyak dan bertubi-tubi. Menarik. Memang hampir sama dengan cerita Supermen yang asal cumanya dicanggihkan dengan visual CGI dan ditambah action mengikut peredaran zaman. Menarik memang menarik. Tengok filem ni anda akan teringat Tom Welling (kalau tak tau silalah Google yer?) dalam Smallville. Inspirasi dari Superman jugak.

Kerosakan teruk. Itu jugak yang aku gambarkan memlalui filem ini. Kesan kerosakan bandar New York (kalau silap maaf yer?) dah macam baru dilanda garuda dan perang dunia gitu. Mujur hanya di New York. So, setakat negara Malaysia, memang tak termasuk pun dalam babak filem ni. So, tak perlu risau okey? Malaysia aman damai berbanding negara-negara yang punya superhero yang hebat tapi tidak mampu mempertahankan negara mereka dari kemusnahan hasil onar makhluk asing dan raksasa. Hehehe... nasib baik Adudu tak kejam nak merosakan Malaysia.. ehhh...

Dari 5 bintang aku kasi 4 bintang sahaja. Bolehlah kalau sesiapa yang minat action movie, boleh tonton filem ni. Tapi bagi aku, semasa menonton filem ni aku boleh ber-Whatsapp, ber-SMS, ber-Twitter, ber-Instagr dan ber-Keek 1 jam 15 minit yang pertama... acane tuh? Sungguh pun begitu aku tetap boleh faham cerita sebab cerita dongeng lagenda Supermen ni, sejuta orang buat balik, jalan cerita still sama. Cuma Smallville aje yang berbeza. Masa season 1 memang sama jalan ceritanya denga kisah Supermen. Bila masik season 2 dah mula mengarut... So, kalau anda nak tahu macam mana kehebatan Supermen dalam Men Of Steel, bolehlah tengok yer?


Tags: Download Man Of Steel (2013) CAMrip, Man Of Steel (2013) DVDscr, Man Of Steel (2013) TS, Man Of Steel (2013) HDrip, Man Of Steel (2013) Bbrip, Man Of Steel (2013) Blurey, Man Of Steel (2013) DVDrip, Man Of Steel (2013) WEBrip, Man Of Steel (2013) .mkv .rmbv .AVI .MP4

Mantap