Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 5 Jun 2013

Ulasan Filem: NOW YOU SEE ME





ULASANKU:

OHSEM! Boleh ke eja gitu? Hahaha... Aku tak pasti kenapa filem ni ala2 tak dapat promosi yang kebaboom. Poster pun macam tak berapa nak nampak. Iklan kat tv pun macam tak ada. Sedangkan cerita ni memang hebat jugaklah. Banyak menguji minda dan buat kita sentiasa keliru walaupun trick filem macam ni melambak orang dah buat. Tapi helah dan plot cerita memang hebat.

Kisah 4 orang ahli silap mata yang begitu femes dalam proses rompakan duit dari jutawan terkenal dan bank terkemuka menggunakan helah megis mereka. Setiap seorang dari mereka mempunyai kemahiran tersendiri yang akan melengkapkan helah rompakan mereka.

Awal cerita memang kita tengok, hebatnya ahli silap mata ni boleh rompak bank yang ada di Perancis sedangkan mereka di New York. Rupa-rupanya, bila dibongkarkan barulah kita tahu helah silap mata mereka bukanlah senang nak buat yer? Memerlukan perancangan yang tepat dan terperinci sehinggakan, orang yang tahu selok belok silap mata pun berjaya mereka tipu.

Banyak plot yang buat kita tertanya-tanya siapa sebenarnya yang jahat. Sebab 4 orang ahli silap mata ini hanya merompak bank, dan individu tertentu sahaja dan hidup mereka sering diburu FBI. Siapakah individu itu dan sebab apa mereka di rompak? Anda kenalah tengok sendiri. Tak rugi anda tengok filem ini. Apa yang pasti endingnya, memang satu kejutan besar berlaku. Orang yang tak disangka-sangka adalah dalang sebenar. Apa yang pasti, dia buat semua itu demi membalas dendam dan membayar balik mangsa penipuan sebuah agensi insurans... memang best.

Dari lima bintang aku kasi 4.5 bintang...


Mantap