Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 15 Jun 2013

Ulasan Filem: PECAH



ULASANKU: Menarik! Jalan cerita, konflik dan suspens yang dibuat seakan filem barat. Cuma... tetap ada cumanya tu. Cuma visualnya nampak sangat drama televisyen! Masa aksi rompakan di bank tu, angle atau sudut camera macam terlalu terhad. Memang nampak Cerekarama TV swasta sangat! Mungkin budjet tak banyak atau ruang bank tu yang terlalu kecil menyebabkan kurang sudut camera.

Pelakon-pelakonnya dapat memainkan watak-watak mereka dengan menarik dan menjadi kecuali watak-watak tambahan masa Si Bakar tu sakit dada kat rumah orang tua dan watak anak Si Tony tu. Nampak tak berapa natural. Nampak ke drama tv annya di situ.

Bagi aku plot dan jalan ceritanya menarik sebab aku tak baca lagi versi novelnya. Terus sahaja tonton filemnya. Awal-awal memang kita tak perasan yang sebenarnya setiap watak yang wujud itu adalah saling berkait dan kenal antara satu sama lain. Satu plot jalan cerita yang berjaya jika nak dibandingkan dengan filem Kerat 14 yang entah hape2 tu... pelakon best tapi jalan ceritanya, sedih!

Nak babak aksi yang mencabar dan hebat ala-ala kekonon ada teknik layar hijau atau CGI? Tak ada, untuk filem ni. Filem ini hanya bermain dengan watak-watak yang wujud sahaja. Tak ada aksi tembak menembak, kejar-mengejar. Yang ada cuma plot-plot helah yang simple.

Rompakan yang dirancangan bukan bertujuan untuk kaya, tetapi hanya untuk membelas dendam. Baki duit rompakan tu pun mereka pulang balik kepada Inspektor yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat kes dia orang. Di hujung cerita barulah segalanya terbongkar.

Kalaulah visual video filem ni lebih nampak kefileman yang kebaratan dan bukan ala-ala kecerekaramaan, aku rasa filem ni pasti lebih menarik. Montaj dia pun simple aje aku rasa. Macam tak ada lagu soundtrack selain lagu instrumental. Hehehehe... Dari 5 bintang aku kasi 4.5 bintang. Selamat menonton...

Tags: Download Pecah (2013) PPVrip, Pecah (2013) DVDrip, Pecah (2013) Bluray rip, Pecah (2013) .mkv .avi .rmbv .mp4 Pecah (2013) subtitles

Mantap