Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 20 Jun 2013

Ulasan Filem: WORLD WAR Z

Jumlah Pembaca Ulasan Ini:



ULASANKU: Novel 'ZOMBIJAYA' dan 'EPIDEMIK-T' yang terlintas di kepala aku semasa menonton filem yang asalnya aku mati-mati ingat pasal peperangan sesama manusia. Bila ditengok, rupa-rupanya kisah ZOMBI!!! Akibat penyebaran virus yang aku tak pasti apa namanya. Seakan dua novel yang aku sebutkan itu. Manusia duk berperang dengan zombi untuk selamatkan bangsa manusia daripada pupus.

Seperti lumrah kisah zombi, sesiapa yang terkena gigitannya, akan serta merta menjadi zombi. Cuma kali ini zombi di dalam filem ini agak ganas berbanding dengan zombi-zombi yang ada di dalam filem lain yang lemah gemalai dan tidak berdaya untuk bergerak dan melangkah. Dalam filem ini zombi atau istilah lainnya mayat hidup begitu agresif dan pantas mengejar setiap manusia yang masih bernyawa untuk menyebarkan virusnya.

Aku pun tak pasti kenapa zombi ni hanya berleluasa di kalangan manusia sahaja. Tak ada pula watak binatang jadi zombi di dalam filem ini. Biasalah, cerita barat, yang mana masa durasi tayangannya hampir atau lebih 90 minit, pasti 60 minit yang pertama lebih kepada plot dialog dan penerangan yang buat aku menguap beberapa kali.

Setakat bulan Jun tahun ni, dua filem ala2 zombi ni telah ditayangkan. Yang lepas Warm Bodies, lebih kepada percintaan zombi dan manusia. Tapi yang kali ni ganas sikit. Menonton filem ini anda perlu fokus kerana dialog yang laju dan hampir kesemua dialog adalah penting. Bisa sahaja buat anda tak faham kalau masa tengok filem ni anda sibuk berWeChat, Whatsapp, Line dan segala jadah smartphone chat tuh.

Menguap? Aku tetap menguap 60 minit pertama. Banyak watak tambahan tapi watak utama hanyalah Brad Pitt. Watak kedua penting pun askar wanita yang agak boyish tuh. Babak suspens? Tetap ada tu pun 30 minit terakhir tatkala Gerry nak ambil sample vaksin yang akan digunakan untuk kuatkan antibodi, mengelak dijangkiti virus dan melawan virus zombi tu.

Apa yang pasti, ending dia macam 'TIBA-TIBA' sangat! Gerry berjaya kawal mindanya dari diserang zombi bersama vaksin ditangan. Tetiba dah habis. Plot terakhir tu macam tergesa-gesa nak habiskan cerita. Tak tahulah kalau filem ni ada sambungan ke apa kan? Sebab ending dia, Gerry ada cakap, 'peperangan baru bermula'. Ada sambungannya kut part two ala-ala Iron Man gitu... adeh... nak kalahkan Twilight ke apa? Hahaha...

Sedikit kecewa gaklah ending dia macam nak cepat habis jek. Ada jugak hal yang berkaitan dengan Israel dan Korea. Kerosakan negara? Tidak seteruk Man Of Steel yang mana dalam filem tu, dah macam negara tu kembali ke zaman batu sebab nak kena bangunkan balik negara yang dah hancur tu memerlukan masa yang lama. Kenapalah filem Kuala Lumpur Zombi tak keluar dulu? Bimbang jugak nanti dikatanya KL Zombi tu tiru cerita ni. Hope tak berlakulah hal begitu.

Dari 5 bintang aku kasi 4 bintang. Kalau tonton tak rugilah. Cuma tak berapa nak puas hati ending dia. Itu bagi akulah. Bagi kalian aku tak tahulah pulak. Apa-apa pun best jugaklah cerita ni untuk hiburan diri aku dan mungkin anda.




Tags: Download WORLD WAR Z (2013) CAMrip, WORLD WAR Z (2013) TS rip, WORLD WAR Z (2013) DVDscr rip, WORLD WAR Z (2013) HDrip, WORLD WAR Z (2013) Bluray rip, WORLD WAR Z (2013) .MKV .Avi .MP4 .RMBV .HDrip, WORLD WAR Z (2013) HDrip

Mantap