Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 16 Julai 2013

Resipi POPIA LADA HITAM


Pada mereka yang malas nak ke Bazar Ramadan, dan rasa-rasa rajin bebenor nak buat juadah ringan berbuka puasa sendiri nanti. Mungkin boleh mencuba resipi Popia Lada Hitam aku ni yang simple, menarik, dan senang nak buat. Sesiapa pun boleh buatlah. Yang penting, untuk makan sindiri, pastikan padatkan inti dia, barulah puas makan, hehee...

Okeylah, tanpa membuang masa, katanya, aku perkenalkanlah dulu bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat Popia Lada Hitam ni..

Bahan-bahan kulit dan untuk mengoreng:
  • Kulit popia (tak kesahlah berapa banyak pun ikut kuantiti inti anda)
  • Minyak masak secukupnya

Bahan-bahan inti:

  • 5 Batang Sesej (potong memanjang)
  • 3 inci lobak merah (potong dua dan diracik panjang)
  • 1/2 biji sengkuang dari selabu sengkuang bersaiz sederhana
  • 1 batang timun jepun (dipotong panjang)

Nore: 
Kalau ikutkan sengkuang, lobak, timun tu dah okey dah. Memandangkan untuk makan sendiri, aku bubuhlah sosej untuk menambah sedap rasanya. Kalau korang nak letak benda lain seperi fish cake ke, daging ketam ke, bebola dan sebagainya, bubuh ajelah uols. Molot uols yang ngap, suka hatilah.

Kalau tak suka timun, boleh digantikan dengan tauge. Aku guna timun jepun sebab timun jepun ni kalau uols malas nak buang kulit, kulit dia tak sepahit timun biasa tu. Selain tu, biji dia tak sebesar biji timun biasa. Senang kerja. Terus potong-potong aje.

  • 1 paket perencah Nasi Goreng Lada Hitam ala Warung jenama Maggi.


Note; Pastikan jenama Maggi yer? Kalau tak ada jenama Maggi boleh guna jenama lain yang mana isinya bukan dalam bentuk pes atau perencah basah. Pilih perencah yang jenis serbuk. Memandangkan nama resipi ni Popia Lada Hitam, so aku pilih yang ada lada hitam. Kalau korang nak guna perencah perisa lain pun boleh. Terserah kepada individu.


CARA-CARA MEMBUATNYA:

Pertama sekali perlulah menyediakan intinyalah kan? Kalau anda jenis rajin mungkin anda boleh celur bahan-bahan inti seketika. Terutama lobak tu, sebab dia keras kan, so, kena celur lama sikitlah. Tapi untuk aku? Tak payah celur! Nanti hilang segala khasiat yang ada dalam sayur tu. Selain tu, kalau kita tak celur pun, masa kita mengoreng nanti, inti tu akan lembik sendiri.Sosej tu aje aku celur lebih kurang.

Selepas semua bahan inti dicelur kecuali perencah nasi goreng tu, tos kan dan letak dalam satu bekas. Biarkan sejuk seketika. Dah sejuk sikit, apa lagi uols... taburkan Prencah Nasi Goreng Lada Hitam ala Warung tadi pada bahan inti tu, lalu gaul lah seratanya dan secukup rasa. Bila dah sebati, tibalah masanya untuk kita membungkus inti ni dengan kulit popia. Gam kulit popia boleh guna tepung jagung, tepung gandum atau putih telur. Kalau nak lekat betul gunalah putih telur.

Dah siap bungkus, apa lagi uols, gorenglah kan? Pastikan popia di goreng dengan api sederhana. Untuk mengelak kulit popia hangus terlalu cepat. Bila kulit popiah tu dah kekuningan, boleh diangkat. Pastu boleh dihidangkan sebagai salah satu juadah berbuka puasa anda. Kalau rasa-rasa nak kerangupan popia tu masih ada masa berbuka puasa nanti, gorenglah popia tu 15 atau 30 minit sebelum masuk waktu berbuka puasa.

Senang kan? Selamat mencuba!


Sudah


Mantap