Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 5 Julai 2013

Ulasan Filem: Despicable Me 2





ULASANKU: Kelakar, gelak sakan, comel dan sedikit suspens! Kalau yang pertamanya lebih kepada kisah Gru bergaduh dengan Vector sebab nak curi bulan yang besar kat atas tu. Untuk musim kedua ni, lebih kepada kisah penyiasatan! Lebih menarik! Watak Vector dengan CEO Evil Bank tu memang tak ada langsung dalam cerita ni.  Semua watak baru kecuali watak Bananana tu, anak-anak angkat Gru dan profesor yang sentiasa bersama Gru iaitu Dr. Nefario dalam proses rompakannya sebelum ini.

Aku tak pasti sinopsis kat atas tu, depa kaut kat mana. Tak ada kaitan pun dengan Vector... Vector memang tak ada kena mengena dalam ini filem. Watak jahat dalam musim ini adalah Eduardo. Hero dahulu kala yang mati dalam aksi merbahayanya. Yang mana, kematiannya sungguh bergaya. Mati sambil menunggang jerung dalam larva gunung berapi uols.... tak ke hebat tuh? Eduardo ni pun perompak terkenal jugak. Cumanya aku tak pasti rompakan apa yang dia telah buat. Apa yang pasti, kemunculan semulanya adalah untuk menakhluk bumi dengan mencipta satu cecair yang bisa mengubah binatang dan manusia kepada makhluk ganas berwarna purple atas bantuan Dr. Nefario (maaf kalau salah ejaan).

Dalam citer ni Dr. Nefario dah tak kerja dengan Gru. Dia berhenti sebab Gru dah berhenti jadi perompak dengan membuka kilang dan kedai menjual cup cake dan jelly buah-buahan. Watak Lucy sebagai egen penyiasat memeriahkan lagi cerita ini. Dia merisik Gru untuk menyiasat siapa yang mencipta cecair unggu tu disebabkan kejayaan Gru mengecilkan dan merompak bulan pada musim pertama. Awalnya Gru tak nak. Tapi, bila dipujuk-pujuk sebab Dr. Nefario dah tak ada, business dia pun tutup. So, dia terima pelawaan Lucy untuk jadi penyiasat upahan sebagai kerier terbarunya. So, Gru dengan Lucy pun mulalah menjadi pasangan egen menyiasat siapa yang mencipta cecair unggu tu.

Dalam masa yang sama, jiran tetangga Gru sibuk memperkenalkannya dengan gadis-gadis dan mak janda-mak janda terbiar untuk jadikan pasangannya. Anak-anak angkat dia pun bersetuju kalau Gru nak kahwin. So, dapatlah mereka mak baru. Tapi Gru tak nak, disebabkan masa silamnya yang amat menyedihkan.

Misi memberkas pencipta cecair unggu tu berjaya dan selesai. Tauke kedai rambut palsu adalah pecipta cecair unggu tu. Hakikatnya tauke kedai rambut palsu tu hanyalah mangsa penipuan Eduardo sahaja. Kes selesai dan Gru dan Lucy terpaksa berpisah. Lucy kena pulang ke Australia kalau tak silap.

Eduardo duk culik hampir kesemua Banana milik Gru untuk di suntik cecair unggu tu untuk dijadikan tenteranya untuk menakhluk dunia. Gru akhirnya tahu niat keji Eduardo itu. Eduardo mempelawa Gru untuk jadi rakan kongsinya menakluk dunia. Tapi Gru tak nak. Eduardo bengang mula mengugut Gru.

Lucy yang dalam kapal terbang mula terbayang-bayangkan Gru. Dia dah jatuh cinta dengan Gru! Apa lagi, dia pun terjun dari kapal terbang nak jumpa Gru. Malangnya, dia kena culik dengan Eduardo untuk mengugut Gru. Gru tak ada pilihan selain menyerah diri demi Lucy. Oh! So sweet kan?

Endingnya, penuh suspen. Dr. Nefario baru sedar niat keji Eduardo. Dia mula berpaling tadah dan berpihak kepada Gru. Depa sama-sama menentang Eduardo dan akhirnya kemenangan berpihak kepada mereka. Haruslah happy ending, kan? Sebab... penonton filem ni ramai di kalangan kanak-kanak. Tak kan nak sad ending, buat depa sedih aje nanti.

Apa yang pasti, watak Bananana tuh, walaupun dialog tak ada maksud, tetap menarik. Kalau anda perasan ada beberapa dialog tiada maksud Bananana tu ada sedikit-sedikit ala-ala sebutan Melayu. Kalau telinga aku tak pekak lagi, ada satu plot tu dia seakan sebut 'Ya ALLAH!'. Mungkin secara kebetulan atau mungkin telinga aku ada problems.

Apa-apa pun dari 5 bintang aku kasi 4.5 bintang. Aku bagi bintang ni dari segi kekelakaran ceritanya. Bukan dari aksi dan segala CGI... animasinya cukup menjadi dan lawak-lawaknya memang tidak terjangka. Memang mencuit hati. Kepada ibu bapa, abang adik kakak tu yang mana nak angkut anak atau adik kecil ke panggung pastikan awasi langkah, sikap dan suara mereka. Pastikan depa taj buat bising. Teruja dan suka tengok filem ni.


Sudah


Tags: Download Despicable Me 2 (2013) DVDrip, Despicable Me 2 (2013) CAMrip, Despicable Me 2 (2013) TS rip, Despicable Me 2 (2013) DVDscr, Despicable Me 2 (2013) Blurayrip, Despicable Me 2 (2013) WEBrip, Despicable Me 2 (2013) .mkv .avi .mp4 .rmbv, Despicable Me 2 (2013) subtitles

Mantap