Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 7 Julai 2013

Ulasan Filem: The Lone Ranger





ULASANKU: Ini sebuah filem epik. Apa yang boleh aku katakan, filem ini memang tak kena dengan jiwa aku. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan filem ni ala-ala macam cerita di sebalik cerita atau istilah yang tepatnya, falsh back, buat aku tak berapa meminati filem ini. Plot banyak bercakap. Plot aksi tak berapa nak banyak. Apa-apa pun pelakon yang memegang watak yang ada harus dipuji. Terutama Johnny Deep. Walaupun badan dia tak ketak-ketak. Six packs pun tak ada, lakonannya begitu menjadi di sebalik corak di wajahnya yang menyimpan rahsia hidupnya mengapa dia bercorak kat muka tu.

Ini juga sebuah filem epik berunsurkan komedi. Ada beberapa plot yang buat aku menguap dan mengantuk gila masa tengok. Sampaikan aku boleh tertidur masa tengok filem ni. Acane tu? Kalaulah ada remote control kat tangan masa tu, nak aje aku forward babak-bakak yang buat aku mengantuk.

Aku tak pasti ini sebuah filem sejarah atau apa. Apa yang pasti,  filem ini kisah perebutan sebuah kawasan yang terdapat hasil bumi yang berharga pada zaman itu iaitu perak. Disebabkan punca sungai yang punya hasil bumi yang begitu berharga, puak orang putih dan orang red indian bergaduh berebut kawasan dan kuasa. Konflik yang dicipta samalah macam filem-filem lain yang mana jahatnya adalah orang yang tidak disangka-sangka di hujung cerita.

Boleh tahan banyak jugaklah pengajaran di dalam filem ni yang boleh kita ambil. Apa yang pasti dari mula cerita sampai ke sudah, tiada babak yang boleh mencuri hati aku untuk terus menonton. Sepanjang masa menonton filem ini hanya satu yang aku fikir, 'bilalah nak habis cerita ni'. Keji tak? Adakah aku memang tak ada sifat patriotik dalam diri?? Filem patriotik negara aku sendiri pun aku tengok boleh tahan ngantuknya, inikan pulak filem patriotik luar. Sama aje kut hahaha...

CGI?? Ada kut, masa tragedi letupan pada jambatan landasan kereta api, ketika kereta api terbabas dan babak tembak menembak di atas gerabak kereta api. Takkan aku tonton lagi filem ini untuk kedua kalinya. Sekian... hehehe..

Dari 5 bintang, aku kasi 3 bintang sahaja. Maaf kepada yang meganggap filem ni terbaik. Setiap orang punya citarasanya sendiri. Dan filem ini tidak memenuhi kehendak citarasa aku.


Sudah

Tags: free download The Lone Ranger (2013) TS rip, The Lone Ranger (2013) CAm rip, The Lone Ranger (2013) WEBrip, The Lone Ranger (2013) DVDrip, The Lone Ranger (2013) Bluray Rip, The Lone Ranger (2013) .mkv .avi .rmbv .mp4, The Lone Ranger (2013) subtitles


Mantap