Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 20 Julai 2013

Ulasan Filem : RED 2





Bangga gaklah bila hero dalam citer ni ada sebut nama 'Jimmy Choo' untuk kasut wanitanya. Makulumlah pengambaran filem ni banyak di sekitar Paris tu sebab heroin shopping beli high heel Dato' Jimmy Choo kut. Hehehehe...

Cerita ni bagi aku menarik bila element komedi digambung dengan elemen aksi yang cukup hebat dan terbaik. Pelakon-pelakonnya walaupun dah tua, tetap hebat membawa watak masing-masing. Kisahnya sama aje macam filem barat yang lain. Mesti melibatkan bom yang akan di letupkan atas sebab dendam kesumat dan hasrat dengki. Lumrah hidup manusia.

Samalah halnya dengan filem ini. Filem ini kisah misi untuk menghentikan pihak musuk atau gunting dalam lipatan dari meletupkan bom yang bisa memusnah 6++ juta penduduk. Konflik memang banyak dari awal cerita sampailah ke sudah.

CGI? Rasanya untuk filem ni tak banyak digunakan taknik itu macam filem Man Of Steel dan Pacific Rim. Filem ni kesan CGI dia sedikit sahaja kut. Lebih menekankan plot cerita yang pelbagai dan aksi tumbuk menumbuk yang begitu hebat. Nak di bandingkan aksi berlawan dalam filem '1 Lawan Satu'  dengan filem ini memang jauh benor ketinggalannya.

Suspens? Mestilah ada, setiap plot  begitu tersusun dan banyak suspennya menyebabkan aku yang menonton teruja ingin tahu sampai ke minit terakhir. Walaupun di bulan Ramadan yang mulia, aku sedikit pun tidak mengantuk semasa menonton filem ini. Apa tandanya tu? Itu tandanya, filem ini memang menarik bagi aku.

Thrill yang dicipta terkesan pada aku, bila setiap watak membawakan watak yang amat mengelirukan sehingga diakhir cerita baru kita tahu siapa jahatnya. Watak yang disangka jahat pada awalnya mati di hujung-hujung cerita. Siapa sangka si tua keparat itu yang kelihatan seolah sudah tiada daya untuk bertindak ganas adalah dalang yang sebenar? Nak tahu siapa? Kenalah tonton sendiri.

Akhirnya si jahat mati dalam letupan bom yang diciptanya sendiri di udara. Menarik dan boleh layanlah cerita ni.

Dari 5 bintang aku kasi 4 bintang.


Sudah


Tags: download RED 2 (2013) CAM rip, RED 2 (2013) Bluray rip, RED 2 (2013) DVDrip, RED 2 (2013) DVD scr rip, RED 2 (2013) TS rip, RED 2 (2013) WEBrip, RED 2 (2013) HDWEB rip, RED 2 (2013) malay subtitles.

Mantap