Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 19 Julai 2013

Ulasan Filem: TURBO





ULASANKU: Cerita ni bagi aku biasa-biasa aje. Tiada elemen lucu yang agak padat macam The Croods, Monsters University dan Despicable Me 2. Sekadar sebuah filem animasi biasa. Rasanya Kunfu Panda dan Madagascar lebih menarik rasanya. Jalan ceritanya samalah seperti sinopsis di atas.

Tak banyak gelak, tak banyak aksi menarik. Aksi suspens? Mestilah ada. Banyak juga. Filem ni maybe bukan untuk gelak-gelak sakan. Tapi, lebih kepada pengajaran dan elemen kasih sayang dan setiakawan yang tinggi di antara hubungan sesama siput.

Filem ini menekankan elemen kasih seorang abang kepada adiknya. Betapa si abang merisaukan tentang keselamatan adiknya yang semakin angkuh dan berani selepas mendapat kuasa ajaib selepas tertelan minyak/asap dari sbuah kereta lumba berkuasa tinggi. Namun, di sebalik rasa risau si abang dan penentangan si abang pada impian adiknya yang nak join perlumbaan kereta F1, akhirnya si abang menjadi pemangkin semangat pada si adik yang kegoyahan semangat bila cengkerangnya punah.

Selain itu, dari filem ini juga kita dapat menyemai semangat setia kawan yang tinggi. Dalam apa juga bidang atau kerier, selain keluarga, sahabatlah pemangkin semangat yang tinggi. Dari filem ini juga kita akan belajar untuk berusaha merealisasikan setiap impian kita dan tiada yang mustahil di dalam dunia ini andai ada usaha yang tinggi.

Sebuah cerita yang menarik untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana nilai-nilai murni di dalam filem ini amatlah tinggi dan harus diambil  sebagai semangat untuk menjadikan masa yang mendatang lebih baik. Ingat, jangan sesekali mempersenda kelemahan dan impian orang lain kerana mempersenda kelemahan dan impian orang lain hanya akan memusnahkan harapan seseorang itu. Ingatlah, apa jua impian pun jika tiada usaha yang tinggi, memang tak akan ke mana.

Filem ini juga menunjukan betapa sikap busuk hati itu mengundang keranapan dalam hidup seseorang itu. Seorang pelumba F1 berjaya dan dikenali, terasa tergugat dengan seekor siput. Sikap busuk hati si pemandu (manusia) F1 itu jangan sesekali dicontohi.

Dari 5 bintang aku bubuh 3.9 bintang.


Sudah



Tags: Turbo (2013) CAM rip, Turbo (2013) TS rip, Turbo (2013) HDCAM rip, Turbo (2013) HDTS rim, Turbo (2013) WEBrip, Turbo (2013) HDWEB rip, Turbo (2013) DVDrip, Turbo (2013) DVD scr, Turbo (2013) Bluray, Turbo (2013) Subtitles Melayu

Mantap