Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 4 Ogos 2013

10 Jari Aidilfitri - Forteen


Lagu-lagu raya baru sekarang ni, memakan masa untuk aku hadam mood rayanya. Tapi, kalau lagu raya tu berentak etnik atau Irama Malaysia, sure mood raya tu walaupun tak banyak, pasti ada sikit. Salah satu lagu raya baru yang aku rasa ada mood rayanya adalah lagu ini. Lagu berjudul 10 Jari Aidilfitri nyanyian dari kumpulan Forteen. layan...





10 (sepuluh) Jari Aidilfitri - Forteen

Sibuknya orang membakar lemang
Mengatur persiapan syawal tiba
Tak sabar rasanya mahu pulang
ke kampung untuk Hari raya

Bertemu keluarga yang tercinta
Setelah setahun tak berjumpa
Terima pemberian dari hati
10 Jari Aidilfitri

Korus
Ohh syukur padaNya kita berjumpa
Ohh sekali lagi di Syawal ini
Bersama sanak saudara
Menikmati Hari Raya

Jamulah beraneka hidangan
Bermesra dan saling bermaafan
Terima pemberian dari hati
10 Jari Aidilfitri

Hari Raya hari mulia
Terimalah sepuluh jari Aidilfitri

Korus
Ohh syukur padaNya kita berjumpa
Ohh sekali lagi di Syawal ini
Bersama sanak saudara
Menikmati Hari Raya

Jamulah beraneka hidangan
Bermesra dan saling bermaafan
Terima pemberian dari hati
10 Jari Aidilfitri 2x


sudah


Mantap