Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 9 Ogos 2013

Berposing ala-ala cover girls COSMOPOLITAN!


MUNGKIN ramai yang perasan apa yang aku cuba sampaikan melalui posting ni. Tapi, aku tetap nak kongsikan jugak apa yang aku cuba nak sampaikan tu. Manalah tahu masih ada anda-anda yang di luar sana masih tak perasan akan hakikat ini. Apa-apa pun sempena 2 Syawal 1434H ni, awal-awallah aku ingin mohon maaf pada pihak majalah Cosmopolitan Malaysia jika posting ni buat kalian terasa atau apa. Tidak terlintas di hati diri ini untuk megaibkan atau menjatuhkan jualan majalah kalian. Sekadar nak sharing sesuatu yang menarik. Mana tahu disebabkan posting ni lebih ramai akan memiliki majalah ni dan jadikan majalah ni sebagai semangat pada mereka untuk berposing gaya ala-ala artis cover Cosmopolitan di hari lebaran ini dan mendatang, kan?

Kepada yang mungkin tak perasan, jika kita lihat setiap posing yang ada di muka depan majalah Cosmopolitan Malaysia hampir 89% hampir sama gayanya. Iaitu dengan meletak tangan kanan atau tangan kiri atau kedua-duanya sekali di pinggang. Ala-ala macam posing wajib gitu. Mungkin posing begitu menampakan gadis cover itu nampak cosmopolitan dan gah gitu. Tak caya? Kalau tak caya, jom kita tengok posing cover girls untuk majalah Cosmopolitan Malaysia!

Misha Omar cover girl MEI 2012

Neelofa cover girl JUN 2012

Lyana Jasmey cover girl MAC 2011

Scha Alyahya cover girl SEPTEMBER 2010

Neelpfa (lagi) cover girl JULAI 2013

Tiz Zaqiah cover girl OKTOBER 2011

Diana Danile cpver girl FEBRUARI 2013

Shila Amzan cover girl SEPTEMBER 2011

Siti Saleha cover girl MAC 2013

Maya karin cover girl DISEMBER 2012

Nora Danish cover girl FEBRUARI 2011


Acane? Nampak tak posing ulang tayang yang telah di posing oleh cover girls Comopolitan ni. So, tak susah kan nak tiru gaya posing mereka kan? Jadi, kepada adik-adik, akak-akak dan mak cik - mak cik yang nak berposing sakan bergambar untuk diupload di facebook, instagran dan sebegainya tu, maybe apa yang aku paparkan ni boleh dijadikan inspirasi korang nak berposing. Pastu edit ala-ala cover girl Cosmopolitan.. meletup uols!

Sebenarnya, bukan cover girls untuk Cosmopolitan Malaysia aje posing ala2 statik macam ni. Cover girl Cosmopolitan negara lain pun sama. Berikut adalah di antaranya;





So, kesimpulannya, bukanlah posing cover girl Cosmoolitan Malaysia aje yang ala-ala tangan kanan atau kiri atau kedua-dua sekali kat pinggang. Cosmopolitan negara lain pun sama aje. Maybe posing macam tu nampak elegent kut. Tu yang memasing posing macam tu jek.. kekeke.. So, kepada uols yang berposing macam ni, uols dah taraf antarabangsa uols! Letup! Selamat Hari Raya!


Sudah


Mantap