Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 25 Ogos 2013

Cara nak tahu video hantu itu palsu atau real!


Anda pernah tak tengok video penampakan hantu yang memaparkan gambar-gambar atau rakaman guna handphone kualiti rendah cameranya yang menyuruh kita fokus pada setiap frame by frame video untuk meneliti imej entiti yang dimaksudkan. Kita puaslah duk tunggu sampai video tu habis nak tengok hantu tu real atau superimpose semata-mata. Tup.. tup.. kat hujung video keluar satu imej hantu bermuka hodoh dengan background music menjerit sekuat-kuatnya yang kalau boleh nak memecahkan segala speaker yang hado...

Sejujurnya aku pernah kena banyak kali hal macam ni. Tapi posting kali ni aku nak pecahkan rahsia macam mana untuk kesan video itu sekadar video untuk prank atau kenakan penonton atau video yang sebenar. Apa-apa pun aku maklumkan awal-awal, CARA INI HANYA BERKESAN UNTUK VIDEO DI YOUTUBE SAHAJA  dan video-video yang boleh kita view frame by frame videonya kalau kita letak 'anak panah' mouse tu kat player dia. Nak tahu caranya macam mana? Jom aku tunjuk..

1. Langkah pertama, silalah tekan butang 'play' atau mainkan video itu dengan menekan butang berbentuk tiga segi tergolek itu. Mainkan video untuk beberapa saat.


2. Selepas video berjalan untuk beberapa saat, cepat-cepat tekan atau klik butang 'PAUSE'! Video akan terhenti serta merta.


3. Bila video dah tergendala atau pause, bawak 'anak panah' mouse anda ke bahagian hujung player seperti di gambar di bawah.


4. Jika di minit-minit atau saat-saat terakhir video, anda terjumpa frame video yang memaparkan gambar seperti di atas, atau seakan dengannya, silalah pangkah sahaja video berikut kerana video itu hanyalah sekadar dibuat untuk mengenakan anda, suapaya terkejut beruk, terkejut tenuk sampai bengang, terkentut, terkencing atau sebagainya.

Itulah tips yang boleh aku kongsikan kalau video hantu tu sekejap sangat dan ianya dari YouTube. Untuk pemain video yang lain selain dari YouTube, aku tak pasti boleh view frame by frame ke tak videonya seperti di Youtube dan gambar di atas. Sejak aku tahu trick ni, aku sentiasa berhati-hanti nak tengok video 'penampakan hantu' kononnya ni. Semoga tips ni dapat membantu mereka-mereka yang tak suka kena tipu, tak suka terkejut dan terperanjat. Tips ini elok untuk penghidap penyakit dan lemah jantung.


Sudah


Mantap