Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 8 Ogos 2013

Kenangan Raya Zaman Kanak-Kanak Ku...


 RAYA DAHULU DAN RAYA SEKARANG.

SUNGGUH berbeza raya di zaman sekarang ni dengan zaman masa aku kecil-kecil dulu (90an). Sebagai seorang anak yang dilahirkan di kampung yang permai (katanya), suasana beraya dari rumah ke rumah yang di mulakan sama ada dari depan kampung atau hujung kampung memang tak leh dilupakan. Kita orang akan sama-sama Ooo... Som! Atau ikut giliran untuk beraya. Kalau tahun ni dah mula dari depan kampung, tahun depan pastinya akan bermula dari hujung kampung ke depan. Macam tulah.

Tapi itu berlaku pada zaman 90-an. Tapi, bila tahun semakin bertambah dengan arus teknologi yang semakin moden lagi canggih menyebabkan budaya di kalangan kanak-kanak ini semakin berkurangan. Macam susah nak tengok kanak-kanak dalam satu kumpulan menziarahi dari rumah ke rumah dengan berjalan kaki atau menaiki basikal bersama teman-teman mereka.  kalau beraya pun meraka akan bersama mak ayah mereka. Dulu zaman aku, gegeh beraya sampai ke kampung sebelah beraya semata-mata nak collect duit raya. Hahaha...

Memanglah orang kata datang rumah orang nak beraya saling maaf bermaafan. Tapi masa tu aku dan kekawan aku masih kanak-kanak lagi. Apa aje yang ada dalam fikirkan cuma duit aje bila beraya. Sampai nak terkoyak kedua-dua kocek baju Melayu tuh sebab menampung duit syiling yang berat giler. (Hope takderlah orang pakar agama (kononnya) menyalahkan mak bapak aku sebb didik aku dari kecil beraya sebab duit, dahlah...). Sebab masa tu hanya duit raya aje buat kami anak-anak kampung bergembira bersama masa tu. Meriah sangat. yang kelakarnya, pergi kampung sebelah beraya, orang tak kenal pun terjah aje beraya. Kata raya, kan? So, terjah ajelah...

Perut tu jangan cakaplah. Buncit dah duk tonggak air gas, kuih pelbagai jenis. Malam aje, apa lagi, cirit birit memasing haha... itulah pengalaman yang paling syok masa zaman aku kanak-kanak dulu. Yalah, dulu nak ada kompter sebijik kat rumah bukan main susah. Sekarang? Segala pad melambak-lambak kat tepi kaki lima rumah. Acane? Tu belum HP yang boleh connect dengan laman sosial. Jangan cakaplah.

Raya aje, penuh wall FB dengan gambar-gambar bersama keluarga tercinta di laman sosial. Tak macam dulu. Handphone seorang nak ada sebijik pun susah.  Hahaha.. Tapi tetap seronok. Bila pergi beraya rumah orang ni, kita boleh rasa pelbagai jenis kuih dan kerepek. kalau rempeyek tu,  kita boleh bezakan rasanya. Apa yang pasti, setiap rumah rasanya berbeza-beza tau? Oh.. so sweet kenangan tu. Tapi, bila masuk tahun 2000, masa tu aku dah form two, dah malu dah nak beraya sebab dah besaq hahaha... (Ala-ala anak dara gitu hahaha)

Dari tahun 2000, aku dapati jumlah gerombolan kanak-kanak kampung beraya atau menziarahi dari rumah ke rumah semakin berkurangan dan semakin sedikit.Sekarang ni, aku peruntukan seratus packs sampul berisi duit raya untuk kanak-kanak beraya ke rumah, memang tak habis. Tak sampai 50 packs pun habis. Acane tu? Ke mana kanak-kanak atau budak-budak di kampung aku ni? Adakah mereka semua dah membesar dan segan nak beraya? Atau kat kampung aku ni dah tak ada kanak-kanak?

Biasalah, apa yang bisa aku tebak dan buat perincian, punca utama kanak-kanak ini lebih senang duduk di rumah adalah disebabkan keasyikan berbalas komen dan status di facebook, Twitter, Keek dan segala bagai tuh. Tak pun duk syok layan drama dan filem hebat di televisyen. Sama ada dari stesyen TV berbayar atau yang percuma. Raya nilah memasing nak naikan rating stesyen mereka.

Tapi kan, zaman aku dulu pun, ada jugak drama dan filem menarik sempena raya, tapi kami tetap gegeh mengumpul duit raya untuk beli apa yang kita nak. Hehehe... tapi biasanya buat beli bunga api dengan mercun je.. aku? aku buat beli mainan yang aku suka hahaha. Sungguh kekanak-kanakkan.

Sekarang ni ramai tetamu yang datang pun dari kalangan keluarga dan sedara mara aje. Nak tengok budak-budak datang dalam satu kumpulan besar atau kecil beraya makan kuih memang susah dah. Ada tu memang ada, tapi tak sebanyak dulu. Biasanya keadaan ini hanya berlaku di kapung-kampung atau taman perumahan yang mejoriti Melayu Islam lah. Kalau kat bandar, aku tak pasti situasinya macam mana. Sebab tak pernah ada pengalaman beraya di bandar metropilitan.

Apa-apa pun kenangan beraya aku dulu masa zaman kanak-kanak memang best. Sehari sebelum puasa duk bincang nak raya kat mana dulu. Kekadang siap ada pilihan rumah 'wajib pergi' sebab tahun lepas rumah tu dapat duit raya paling besar iaitu sehengget (RM1). Begitu besar nilai RM1 tu pada kami dulu. Kedua nilai tertinggi adalah RM0.50 atau 50sen. Budak-budak sekarang? Bagi seringgit masih boleh mencebik.

Yalah, masa berlalu bersama peredaran zaman yang semakin canggih dan meningkat taraf hidup. So, nilai wang ringgit semakin rendah jika nak dibandingkan dengan harga barang di pasaran yang semakin naik tinggi dan turun hanya sedikit.Tu sebab seringgit macam tak dapat apa-apa dah. Dapat gula-gula aje kut. Kekeke...

Terkadang bila menjelang raya, aku merindui saat-saat aku kanak-kanak dulu. Tak fikir apa dah. Fikir duit raya, seronok main bunga api dan pasang pelita. Suka, gembira dan happy selalu. baju raya tak payah pening-pening nak fikir sebab mak yang uruskan semuanya. Aku tinggal pakai aje. Kalaulah boleh kembali pada saat itu...




Mantap