Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 29 Ogos 2013

KL GANGSTER 2 (2013) DVDscr


Nangis kalau aku jadi Syamsul Yusof. Filem lebih kurang sebulan lagi nak tayang kat panggung, dah keluar versi DVDscr. Apa-apa pun ni memang dugaan paling hebat untuk beliau. Malam tadi aku perasan laman web tempat aku selalu 'sedut' movie share link untuk movie ni yang boleh kita download. Aku mengabaikannya, sebab aku fikir semua tu auta aje nak naikan traffic pelawat blog dia orang. Mesti filem KL Gangster yang pertama di selindungi di sebalik poster KL gangster 2. Tapi, bila aku tengok seorang teman aku dah tengok video ni kat DVD player dia, aku terkesima. Ya, memang filem KL GANGSTER!

Kenyataan Syamsul Yusof di Facebook Page nya


Aku memang terkejut sangat. Tak kanlah filem ada sebulan lagi nak tayang dah keluar DVDnya? Rupanya... bila aku pun Google balik link download tu, rupanya format DVDscr atau sitilah penuhnya DVD Screener. Korang nak tahu tak apa maksud DVDScr atau DVD Screener?

Dari apa yang aku tahu format DVDscr atau DVD Screener ni biasanya hanya pihak penerbit atau pihak orang dalaman yang empunya copy/salinan untuk di hantar kepada pihak Finas atau pihak penapisan filem sebelum di tanyangkan atau di jual di pasaran. Biasanya, pihak penerbit filem akan hantar dalam format DVDscr untuk Finas atau pihak penapisan filem tonton dan nilai bahagian-bahagian yang patut dipotong, sensor atau sebagainya sebelum diberi kebenaran untuk ditayangkan atau dijual. Atau istilah lain DVD promo sebelum DVD yang original atau filem asal dikeluarkan bagi tujuan tayangan panggung atau jualan.Video jenis ini biasanya akan terdapat berbagai kelemahan dalam video nya seperti ada 'watermark' dalam video (hanya sebagian filem), tulisan/teks berjalan tanda preview atau di beberapa bagian dari video tersebut berubah-rubah warna yang asalnya full color menjadi hitam putih. Untuk kualiti suara biasanya memang terbaik.

So, ini bermakna, ada individu yang telah dengan kejinya membawa salinan itu keluar untuk disebarkan sebelum tarikh tayangan atau jualan. Hal ni biasa berlau untuk filem barat. Tak sangka filem kita pun boleh kena jugak. Siapakah dalangnya? Itu pihak penerbit dan orang-orang tertentu tu kena siasat sendiri. Biasanya salinan dalam bentuk DVDscr ni, hanya khas untuk orang tertentu itu sahaja.

Aku ni tak minat sangat filem yang berciri-cirikan gangsterism ni. Yang pertama pun aku tak tengok. So, untuk menilai kualiti filem versi DVDscr tu aku pun tontonlah. Memandangkan aku tak suka filem jenis 'lu', 'gua', 'tailong' dan sebagainya ni, dalam masa 3 minit aku forward2 dah habis tengok. Hahaha... Sound memeang terbaik, dalam terbaik tu tetap ada kelemahannya iaitu, suara hanya muncul  di speaker kanan sahaja untuk sebahagian-sebahagian babak. Macam kita nyanyi lagu versi karaoke, vocal dengar kat sebelah kanan aje. Lagi satu kualiti gambar tak berapa nak jelas. Standard macam format VCD (ada lagi ke format ni?). Lepas tu dia tak full colour. Hanya colour kuning dan biru aje yang tampil. Macam kita rabun warna. Sakit mata tengok. Koleti videonya sangan low.



Bagi aku pada penggemar filem aksi Malaysia dan penggemar filem ni, maybe tak akan memberi kepuasan yang maksimum pada anda. Jadi, silalah serang panggung 3 Oktober nanti okey? Apa-apa pun cerita ni memang dah tak surpriselah bila dah tersebarnya video versi DVDscr ni ke sarata Malasyia dan Indonesia. Kasihan Syamsul Yusof. Hope dia tabah... Cuma kalau nak ambil tindakan tu silalah cari 'sumber utama' macam mana DVDscr filem ni boleh terlepas keluar. Kalau ambil tindakan pada yang download tapi sumber downloadnya masih aktif, memang tak ke manalah usaha itu. Harapnya pihak penerbit lain boleh berhati-hati dengan sesiapa pun manusia di sekeliling anda. Jangan sangka air yang dicencang takkan putus tu tak bisa jadi api. Jangan sangka yang yang disanjung itu tidak bisa jadi kaduk naik junjung. Renung-renungkannya...


Tags: Download KL GANGSTER 2 (2013) DVDscr, KL GANGSTER 2 (2013) DVDrip, KL GANGSTER 2 (2013) Bluray, KL GANGSTER 2 (2013) CAMrip, KL GANGSTER 2 (2013) TSrip, KL GANGSTER 2 (2013) WEBrip, KL GANGSTER 2 (2013) HDTS rip, KL GANGSTER 2 (2013) HDWEBRip, KL GANGSTER 2 (2013) mkv avi mp4 rmbv, hasrudi jawawi, rudi zone.

Mantap