Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 19 Ogos 2013

Novel CUCUR BAWANG & KOPI O bakal ke layar TV!

Poster ini sekadar rekaan suka-suka penulis. Harap maklum.

ALLAHU AKBAR, ALHAMDULILLAH... ke hadrat ILLAHI, atas limpah kurnia, kehendak dan rezekiNYA, salah satu karya HJ akan muncul di skrin televisyen Malaysia tidak lama lagi. Mungkin hal sebegini sudah tidak menghairankan pada mereka yang karyanya sering diadaptasi menjadi drama/filem. Tapi, sesungguhnya pasti mereka tetap jua merasa apa yang aku rasa tatkala kali pertama novel mereka bakal divisualkan.

Kegembiraan tu tak terkata dan sukar untuk diluahkan dan digambarkan dengan perkataan dan kata-kata. Hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan aku sekarang ni.

Ada cerita sebenarnya di sebalik novel ini kalau anda semua ingin tahu. Sebenarnya, bukan satu penerbit atau production drama sahaja yang berminat dengan novel ini, ada beberapa penerbit atau production yang berminat dengan novel ini untuk diadaptasi. Namun, tetap jua menjadi rezeki NHF Production Sdn Bhd dan Telemal Productions (Telemal ada merupakan syarikat konsortium dimana di dalam telemal terdapat Lapan Buah syarikat iaitu NHF, Cinematic, Suhan, Nizarman, Pujangga Kreatif, Gala Filem, Q Plex dan United Kardila).. Alhamdulillah, production tersebut sedang giat menjalankan pengambaran untuk adaptasi novel ini di ketika ini bermula 17 Ogos 2013 yang lalu.

Hak penyiaran adalah RTM, cuma buat masa ni belum dapat infomasi lagi tarikh dan masa drama bersiri berjumlah 13 episode berdurasi 60 minit setiap episod ini akan di tayangkan. Semua pelakon sudah dipastikan

Drama bersiri ini telah diarahkan oleh FAIZAL ARIFF dan penulis skripnya adalah DR. NORA HENDON FAEIZAH, terbitan NHF PROCUTIONS SDN BHD & TELEMAL PRODUCTIONS, sama penerbit untuk adaptasi novel CINTA KAU DAN AKU karya SITI ROSMIZAH.

Banyak jugak feedback yang diberikan oleh pembaca novel ini mengenai penerbit dan penyiar drama ini. Namun, siapalah kita hendak menentukan rating dan penonton kan? Semuanya terserah pada nasib dan rezeki. Yang penting aku sebagai penulis dah buat promosi  di Facebook dan berusaha menjaja novel itu pada penerbit drama sebelum ini. Dan sekarang alhamdulillah dan syukuralhamdulillah kepada ALLAH kerana memakbulkan doa dan memberi peluang untuk novel ini diadaptasi. Sejujurnya, novel CBKO adalah satu-satunya novel karya aku yang telah diulang cetak lebih 10 kali dalam masa kurang tiga tahun.

Alhamdulillah sangat. Dan berikut adalah senarai pelakon yang akan melakonkan atau memegang watak-watak di dalam novel:

  • RUDIANA - MON RYANTI
  • ISKANDAR - ZAIN SAIDIN
  • KHAIRULNIZAM - JOSIAH HOGAN
  • AMANINA - RAJA ILLYA


Sebagai pereka cerita atau idea asal, tetap mengharap adaptasi novel ini mendapat sambutan 'luar biasa' walaupun ada yang pandang sinis, menjeling, mencebik dan menganggap ia mustahil. Aku sebagai hambaNYA yang kerdil, tetap berserah dan berdoa padaNYA supaya diberikan sesuatu yang terbaik untuk adaptasi novel ini. Tetap menerima apa sahaja ketetapanNYA kerana aku tahu setiap ketetapanNYA pasti akan terselit hikmah yang berharga kelak. Aku percaya akan kadak dan kadarNYA...

Kepada penggemar karya ini, nantikan kemunculan novel ini dalam versi drama bersiri  tidak lama lagi di saluran RTM. Kepada mereka yang terkilan, tak suka atau tak berapa kena dengan jiwa karya ini, mohon maaf seribu juta kali. Yang baik itu tetap dariNYA, yang buruk itu tetap dari diri ini sendiri.

Mood: tak sabar nak tengok kat TV novel sendiri diadaptasi :)


Sudah


Mantap