Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke-56


ALHAMDULILLAH sudah 56 tahun Malaysia aman sejahtera walaupun gejala negatif seperti pembunuhan melibatkan pembunuh upahan dan sebagainya masih berlaku, namun jika nak dibandingkan dengan negara lain yang dihujani peluru, bom bahan api, bom beracun bahan kimia dan sebagainya, kita masih di tahap aman. Jadi, bersyukurlah kita masih bisa duduk goyang kaki di rumah sambil makan kuih raya (masih raya lagi kan?) sambil tengok TV. Handiri rumah terbuka dan masih bisa berseronok dipanggung wayang menonton filem kontroversi, katanya.

Namun kesedihan melanda aku bila pagi ini tersebarnya video seorang sasterawan negara mengibar 'bendara' baru untuk Malaysia, katanya. Banyak kutukan dan hentaman dari penonton video tersebut dari pelbagai golongan. Terkadang hentaman itu terlalu menghina dan menyakitkan. Tahukan anda, sebenarnya penghinaan itu satu provok yang lebih ke arah pepecahan dalam bangsa, kaum dan agama? Seeloknya, jadikanlah iktibar atau teladan. Mana yang elok ambik, mana yang tak elok abaikan. Bukannya dikutuk yang mana bisa mencetus porak peranda yang melibatkan keamanan.

Macam dah lumrah, setiap kali menjelang Merdeka pasti ada segelintir Rakyat Malaysia yang tak pasti masih mahu kerakyatannya dikekalkan atau tidak buat demontrasi. Macam perkara tu wajib berlaku pula setiap kali menjelang Merdeka. Apa yang pasti sambutan Merdeka tahun ini tak semeriah dulu. Tiada konsert-konsert besar ditayangkan di TV. Tiada rancangan khas sempena Merdeka sambil menunggu detik 12 tgh malam. Kalau dulu semua stesen TV berlumba-lumba nak siar konsert Merdeka sambil tunggu detik 12.00 malam. Tapi tahun ni, hambar. Mungkin mood raya masih kuat.

Jadi, posting kali ni aku nak sharing fakta daripada Dr. Mahathir bin Mohamad melalui laman Facebooknya yang aku rasa menarik untuk dikongsikan kepada kalian yang berkaitan demontrasi.

DEMONSTRASI

1. Kita telah lihat Kerajaan Mesir yang dipilih melalui pilihanraya dijatuhkan oleh demonstrasi secara besar-besaran penentang Kerajaan Ikhwanul Muslimin pimpinan Morsi.

2. Kebebasan berdemonstrasi adalah hak rakyat dalam negara demokratik. Apakah hak ini lebih utama dari hak mengundi dalam pilihanraya!

3. Sebenarnya walaupun berjuta yang berdemonstrasi, jumlah mereka kurang dari jumlah pengundi yang memilih Kerajaan. Mereka, yang terdiri dari aktivis, adalah minoriti berbanding jumlah pengundi yang mengundi.

4. Jika minoriti ini diberi hak untuk menjatuhkan Kerajaan pilihan majoriti apakah hak ini secucuk dengan demokrasi?

5. Di Malaysia ada ahli politik yang ingin jatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan demonstrasi. Tetapi mereka gagal mencetuskan huru-hara secara besar-besaran sepanjang masa seperti di Mesir.

6. Sebenarnya demokrasi mempunyai banyak kecacatan. India berbangga dengan menjadi demokrasi yang terbesar di dunia. Tetapi India tidak pun berjaya mengurangkan kebuluran dikalangan hampir separuh dari rakyatnya. Sekarang ekonomi India merosot teruk.

7. Sebaliknya Cina yang tidak demokratik hari ini sudah menjadi kuasa ekonomi yang kedua terbesar di dunia. Berjuta dari rakyat mereka dapat melancung keluar negeri. Kemajuan sains dan teknologi Cina sudah sampai ketahap menghantar angkasawan ke stesen angkasa lepas. Dan berbagai lagi kejayaan Cina yang mengkagumi dunia. Sistem Kerajaan Cina tidak demokratik. Tetapi rakyat dan negara Cina lebih berjaya dari segi kemajuan dan keselesaan hidup.

8. Namum demokrasi masih lebih baik dari sistem pentadbiran kukubesi. Sebab utama ialah demokrasi memboleh penukaran pemerintah tanpa perang sivil atau demonstrasi ganas. Tetapi bagi mereka yang tidak faham kebebasan dalam demokrasi, ia tidak mendatangkan hasil yang baik. Ramai dari negara-negara yang baru mengamal demokrasi merosot prestasi mereka. Lihatlah apa yang sedang berlaku di Mesir.

9. Demokrasi memerlukan fahaman akan kelemahan-kelemahan sistem itu. Segala kebebasan dalam demokrasi mempunyai hadnya. Jika pengamal melebihi had maka demokrasi akan gagal membuahkan hasil yang dijanji darinya.

10. Satu daripada perkara yang boleh menentukan demokrasi berhasil ialah kesanggupan menerima keputusan pilihanraya. Dalam pilihanraya tentu ada yang kalah dan yang menang. Seperti yang menang akan terima keputusan, yang kalah juga perlu terima kekalahan.

11. Jika yang kalah tidak sanggup menerima kekalahan dan sebaliknya mencuba gagalkan penubuhan Kerajaan oleh yang menang, maka demokrasi tidak akan berjaya. Harus diingat bahawa jika yang menang pula kalah halangan terhadap penubuhan Kerajaan oleh lawannya akan diusahakan olehnya. Dengan itu demokrasi akan gagal.

12. Mungkin dakwaan oleh yang kalah akan penipuan oleh yang menang mempunyai asas. Perkara ini hanya boleh diputus oleh mahkamah. Perbuatan untuk menggagalkan keputusan pilihanraya dengan cara ganas akan menidakkan demokrasi.


Akhir kata, Selamat Hari Merdeka! Ke- 56...


Sudah

Mantap