Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 3 Ogos 2013

TOP 5 Iklan Komersial Raya Pilihan RUDI ZONE


Iklan komersial sempena Hari Raya Aidilfitri  menjadi sesuatu yang perlu ada untuk syarikat korporat besar atau jenama terkenal di Malaysia. Macam dah jadi satu trend lah sejak televisyen mula tercipta di Malaysia. Kalau kalian search iklan raya kat You Tube, garenti akan jumpa arkib-arkib rakaman iklan raya dahulu kala yang sudah ada sejak tahun 70/80 an lagi.

Namun, jika dulu iklan komersial raya lebih kepada nyanyian lagu raya khas untuk jenama/syarikat mereka, tapi sejak sepuluh atau mungkin 20 tahun ke belakangan ni, banyak syarikat korporat dan jenama terkenal memilih untuk membuat sebuah filem pendek dalam bentuk iklan kormersial yang berkonsepkan komedi dan sedih. Temanya sudah pasti Hari Raya Aidilfitri.

Antara syarikat korporat berjaya dan jenama terkenal yang kerap membuat iklan komersial hampir setiap tahun adalah, Petronas, Telekom Malaysia, Maxis, dan beberapa lagi syarikat lain. Jika dulu, pada tahun 90an, syarikat jenama rokok terkenal selalu buat iklan raya yang gempak. Tapi sejak Malaysia, mengharamkan jenama rokok buat iklan di televisyen demi mengelak pengaruh kepada remaja, hanya syarikat besar seperti yang aku senaraikan tadi sahaja yang kerap buat iklan komersial raya.

Dan, tahun ini sekali lagi, syarikat besar dan jenama terkenal ni, seolah berlumba-lumba upload dan buat iklan raya mereka untuk paparan penonton yang mana, setiap iklan komersial raya mereka pasti akan mendapat jumlah penonton yang tinggi di You Tube, Facebook dan laman sosial yang lainnya. Jadi, aku mewakili Rudi Zone tak ketinggalan memilih 5 iklan komersial raya yang aku rasa kelakar dan menyentuh kalbu aku tatkala menontonnya.

Jadi, berikut adalah 5 video iklan komersial raya yang menarik bagi aku. Link video asal disertakan demi menjaga hak cipta video tersebut. Link video adalah dari pemilik akaun sebenar iaitu syarikat korporat dan jenama terkenal tersebut. Bukan dari link video user yang re-upload video-video ni. Selamat menonton!

1.PETRONAS Raya 2013 Webfilm: Jahit


Iklan komersial raya pertama yang diupload di Youtube. Memaparkan kisah kegigihan seorang ibu tunggal mencari rezeki untuk biaya kos pelajaran anak tunggalnya dengan mengambil upah menjahit. Ramai yang kata iklan ni sedih. Tapi, tak bagi aku bila aku tonton, aku tak mampu menitiskan air mata. Tapi tetap ada rasa sayu dengan kegigihan si ibu mencari rezeki untuk anak tunggalnya. Kalau dalam iklan ini memaparkan anaknya lebih dari seorang mungkin lebih menyanyat hati kut.
[Link video: http://www.youtube.com/watch?v=ONlNHG6RMBg]


2. Samsung Family Portraits: A Story About Hari Raya 2013


Inilah iklan komersial raya yang berjaya membuat air mataku menintis. Walaupun pelakon kedua yang menjadi anak dia tu berlakon macam tak ada jiwa dan tak ada feeling. Namun, di babak akhir bila si ibu menitiskan air mata kerana melihat impiannya untuk melihat kesemua anak dan cucunya balik beraya tercapai juga atas bantuan anak bungsunya. Sedih banget! :'(
[Link video: http://www.youtube.com/watch?v=jEjz__eJAqA]


3. Iklan Raya Aidilfitri TM - 2013


Sebuah iklan komersial raya yang menarik dan lain dari yang lain. Tema anak balik raya, orang tua-tua di abaikan anak mereka, kekasih balik beraya di kampung jumpa kekasih bagai dah ramai orang buat. Tapi untuk iklan komersial raya TM tahun ni memang ada kelainannya. Sejujurnya iklan raya berepisode TM tahun lepas memang tak menarik minat aku langsung untuk menonton. Tapi tahun ni, memang best. Kisah seorang kanak-kanak lelaki yang mahu belajar puasa penuh. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, orang puasa turun berat badan. Tapi dia naik berat badan. Acane? Bila dah raya dia terpaksa berdiet. Kesian... hahaha..
[Link video: http://www.youtube.com/watch?v=iPVxixjmNKI]


4. MAXIS HARI RAYA 2013 TVC (BM - 90 SECS)


Iklan komersial raya yang baru aku tonton semalam. Sekali tonton terus aku tertarik  dengan video ini. Walaupun watak utamanya kanak-kanak, tapi, apa yang cuba disampaikan melalui iklan komersial ni agak mendalam. Kita hanya akan tahu apa motif iklan ni hanya di hujung cerita. Kadangkala, offline itu lebih mengeratkan tali persaudaraan. Memang sedikit terasa juga dengan iklan ni. Sebuah iklan yang baik dan aku menyukainya.
[Link video: http://www.youtube.com/watch?v=7oWeMS6NRT8]


5. Proton Hari Raya TVC 2013


Iklan komersial raya tang terakhir pilihan aku adalah, iklan dari Proton sempena produk terbaru mereka. Gempak jugak iklan ni. Muhibah giler! Melayu, Cina dan India, bersatu dalam satu iklan. Apa yang pasti mereka satu agama iaitu, Islam. Along Raja Lawak memeriahkan lagi iklan ini dengan dialog komedi selambanya. Sangat menarik!
[Link video: http://www.youtube.com/watch?v=QJMTd335CZg]


Itulah 5 iklan komersial pilihan Rudi Zone sempena raya 2013. Semoga video yang dipilih ini berjaya mencuit hati kalian. SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN.





Mantap