Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Ulasan Filem: THE CONJURING





ULASANKU: Ada yang kata filem ni seram sampaikan tak berani tengok. Tapi, bagi aku filem 'MAMA' lagi seram dan banyak aksi penampakan hantu dan terkejutnya, berbanding filem ni yang aksi terkejutnya tak sampai 5 kali. Hantunya keluar tak sampai 7 kali. Acane? Babak suspen aje yang banyak. Tapi babak 'WAH!' yang buat aku terkejut memang tak banyak. Dalam 3 kali jelah.

Kisahnya? Bacalah sinopsis kat atas tu. Cuma sinopsis tu macam salah sikit. Bukan penyiasat fenomena yer, tapi penyiasat paranormal. Kisah sepasang suami isteri yang kerjanya membantu menghalau hantu dan mengesan kesan entiti di sekelilingnya.

Mesti korang hairan kenapa filem ni untuk tontonan 18 tahun ke atas sedangkan keseraman, ketakutan, kesuspenan dan keterkejutannya taklah seteruk mana. Watak-wataknya jugak banyak watak-watak remaja dan kanak-kanak. Nak kata ada aksi lucah, setakat comolot aje. R.I.P.D. Rasanya lagi lucah kut kekeke...

Rupanya, konsep cerita ni yang membuatkan ia diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas. Kalau kat Malaysia ada para ulama dan ustaz untuk menghalau syaitan yang merasuk manusia, tapi dalam cerita ini yang lebih kepada penduduk beragama Kristian, mereka ada paderi dan ahli paranormal sendiri dan cara tersendiri untuk menghalau hantu dalam tubuh manusia.

Mungkin, pada yang lemah iman tu, boleh mengoyahkan iman pada agama sendiri kut, sebab pakar paranormal yang beragama Kristian tu berjaya mengalahkan hantu yang merasuk manusia dengan cara agamanya. Sama macam Ustaz (untuk yang bergama Islam) menghalau syaitan di dalam tubuh menusia. Ada air lah, ada bacaannya tersendiri dan lain-lain. Cuma kita orang Islam berpandukan ayat-ayat suci al-Quran, mereka pula mengunakan kitab suci mereka.

Jadi, menonton filem ini kena pandai timbang baik buruknya. Ikut mana yang rasa baik, mana yang tak elok tu, jadikanlah sebagai hiburan semata-mata. Apa yang pasti jika dibandingkan filem ini dengan filem MAMA, filem MAMA lagi best, suspens, dan banyak aksi terkejut. Hantunya nampak jelas. Tapi filem ni, hantunya muncul sekejap-sekejap dan menunjukan wajahnya diplot-plot akhir sahaja.

Dari apa yang diberitahu, kisah ni diadaptasi dari kisah sebenar yang berlaku sekitar tahun 1971. Roh manusia pengamal ilmu sihir mati bunuh diri nak balas dendam terhadap semua manusia yang cuba merampas tanah dan rumahnya. Iaitu tanah dan rumah yang di duduki sebuah keluarga yang diganggu ini. Dari sejarah yang disiasat oleh pakar paranormal tu, semua keluarga atau sesiapa sahaja yang merampas tanah rumah itu, pasti akan mati dibunuh akibat dirasuk oleh roh kejam ni.

Hantu dalam cerita ni memang kejam. Latar waktu yang berlaku sekitar tahun 1971 mungkin satu cabaran untuk pengarah menghasilkan filem ini. Ya lah dah sah-sah teknologi di ketika itu sungguh jauh berbeza. Merakam perbualan pun masih menggunakan pita atau tape. Merakam video masih menggunakan filem! Bukannya memori kad, atau CD okey?

Dari 5 bintang aku kasi 3.8 bintang untuk filem ini. Menguap? Ada jugaklah beberapa kali semasa menonton filem ini. Walau bagaimana pun, filem ni tetap menarik ditonton sebab banyak babak suspens.


Sudah



Tags: Ulasan filem, review THE CONJURING (2013), download THE CONJURING (2013), THE CONJURING (2013) CAM rip, THE CONJURING (2013) TS rip, THE CONJURING (2013) HDTS rip, THE CONJURING (2013) DVDScr rip, THE CONJURING (2013) WEB rip THE CONJURING (2013) HDWEB rip, THE CONJURING (2013) DVD rip, THE CONJURING (2013) Bluray rip, THE CONJURING (2013) subtitles,

Mantap