Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Ulasan Filem: ELYSIUM




ELYSIUM, adalah sebuah nama penempatan baru untuk manusia kaya raya pada tahun 2159 yang mana diketika itu bumi dah padat dengan manusia sampaikan dah tak ada hutan dah. Pokok pun tak ada. Jadi, mana-mana manusia yang kaya raya akan pindah ke 'plenet' buatan manusia yang seakan bumi yang masih penuh dengan flora dan faunanya. Mana yang miskin akan tinggal di bumi.

Dah rasa masa tu bumi adalah penempatan orang miskin hina aje. Apa yang pasti tiada yang mustahil di Elysium yang berbentuk seperti roda ini. Segala penyakit ada penawarnya termasuk lumpuh dan leukemia. Janji ada kewarganegaraan yang sah, boleh sembuh segala penyakit. Di setiap rumah di Elysium akan ada alat untuk menyembuh segala penyakit. Hebat, kan?

Tahun 2159 menggambarkan bumi sesak dengan manusia dan kekotoran seperti yang digambarkan dalam filem ini. Dunia semakin mundur dan bukan semakin modern. Kecuali di Elysium . So, manusia miskin hina di bumi tetap bercita-cita mahu ke Elysium yang memerlukan duit jutaan dolar untuk ke sana.

Bagi aku cerita ni menarik jalan ceritanya kerana terselit sebuah ceritera kehidupan pelbagai golongan. Sikap egois si kaya kepada si miskin. Pengkhianatan dan penindasakan banyak dikisarkan di dalam filem ini. Betapa impian itu penting untuk seseorang supaya hidup punya tujuan dan prinsip atau goal yang perlu direalisasikan.

Kepada mereka yang ingin happy ending yang mana heronya berjaya dan bahagia bersama manusia yang dicintai, mungkin anda tidak sesuai untuk menonton filem ini. Hero walaupun berjaya menyelamatkan atau menegakkan hak manusia ni bumi, hero mati dalam penghormatan yang paling tinggi. Setinggi mana kecanggihan teknologi pun andai di salah gunakan pasti akan membawa keburukan. Tak pasti ada sambungan ke tak filem ni. Macam ada je...

Menonton filem ini anda akan pelajari erti kasih sayang, erti persahabatan, erti berusaha penuh semangat, erti cita-cita dan erti perjuangan untuk menegakkan sesuatu yang kita inginkan. Erti kasih sayang antara teman dan erti kasih sayang sang ibu dan anaknya. Walaupun teknologi CGInya tidak terlalu banyak seperti Man Of Steel dan Iron man 3, namun jalan ceritanya tetap punya mesej tersendiri.

Filem ni bagi aku bukan kosong. Walaupun ada babak bercakap dan imbas kembali yang sedikit mengantukan, tetapi mesej yang terselit dan tersirat bisa anda cari di setiap babak yang dimainkan. Dari 5 bintang aku kasi 3.5 bintang untuk filem ini.




Tags: ELYSIUM (2013) TS rip, ELYSIUM (2013) WEBrip, ELYSIUM (2013)DVDrip, ELYSIUM (2013) Bluray rip, ELYSIUM (2013) DVD scr rip, Download ELYSIUM (2013), free download ELYSIUM (2013), ELYSIUM (2013) .avi .mkv .rmbv .mp4 , ELYSIUM (2013) subtitles.

Mantap