Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 29 Ogos 2013

Ulasan Filem: KL ZOMBIE




Jangan ingat kat negara omputeh aje ada zombie. Kat Malaysia pun ada tau? Namun, dialog sensor yang di ganti dengan 'TETTT' dan babak mengelikan (darah meleleh dari mulut) memotong sedikit fiil menonton aku. Tengok filem ni, kita rasa Malaysia dah tak selemat kerana sudah diserang Zombie yang berasal dari gigitan anjing.

Bagi peminat novel Zombijaya mungkin tahu jalan cerita di novel dan filem ni memang tak sama. 70% je kut sama. Yang lainnya diubah mengikut situasi. Aku tak perasan dalam novel ada ke babak zombie boleh diubati dengan pruduk BRO Khalid. Dan, watak Bro Khalid tu macam tak ada pun dalam novel. Tapi dalam filem wataknya boleh dikatakan penting jugaklah.

Kepada yang tak suka cerita yang mengarut, filem ni bukan filem terbaik untuk anda tonton. Dari anda tonton buat sakit hati atau memaki hamum berbakul-bakul, baik tak yah tengok kan? Pengajaran dan teladan, macam tak perasan pulak. Lebih kepada sebuah cerita plup untuk hiburan semata-mata.

Tak banyak babak aksi. Anda tak perlu nak gunakan fikirkan untuk menonton filem ini. Jalan cerita sangat straight to the point. Tak ada belok-belok. Tak ada babak imbasalan sepuluh atau 30 tahun lalu yang berkait di hadapannya.

Apa yang pasti aku tengok filem ni, termasuk mood filem Pecah dari penerbit filem yang sama. Sebab apa? Pelakon-pelakonnya bagai di 'copy and paste' kat filem ni. Adalah beberapa pelakon dalam Pecah enter frame balik dalam filem ni dengan gaya dan personaliti yang hampir sama. Watak yang dilakonkan Zain Hamid turut buat fiil aku lari mencanak-canak. Kenapalah tak pilih pelakon yang handsome sikit? Zain tu. alaihai.. dah sesuai pegang watak 'bapak-bapak' kut. Bila dia digandingkan dengan Izara Aisyah dan mereka ada 'skandal', rasa geli membayangkannya hahaha...

Bagi aku kalau setakat nak ringankan fikirkan bolehlah tonton filem ni. Lawak dialog komedi dari Zizan memeriahkan suasana. Cuma banyak sangat dialog sensor yang di ganti dengan buny 'tettt!' buat kita macam tengok drama TV. Ni panggung kut. Kalau rasa dialog dia sensor banyak sangat, bubuhlah untuk tontonan 18 tahun ke atas. Rasa macam siapa yang tengok kat panggung tu tak puas hati sebab dialog dia kena 'tetttt!' bnyak sangat. Baik tengok kat TV aje, kalau macam tu, kan? Kita bayar untuk tengok, bukan free! Tak faham sungguh.. filem barat tu, untuk tontonan 13 tahun ke atas, boleh plak lepas adegan, dialog dan perbuatan yang tak sepatutnya...tergeliat ke apa fikiran si penapis filem kat negara ni?

Dari 5 bintang aku bubuh 2.5 bintang untuk filem ini.



Tags: Download KL ZOMBIE (2013), KL ZOMBIE (2013) DVD scr, KL ZOMBIE (2013) DVD rip, KL ZOMBIE (2013) Bluray rip, KL ZOMBIE (2013) TS rip, KL ZOMBIE (2013) CAM rip, KL ZOMBIE (2013) HDCAM rip, KL ZOMBIE (2013) Webrip, KL ZOMBIE (2013) subtitles, hasrudi jawawi, rudi zone,

Mantap