Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 28 Ogos 2013

Ulasan Filem: LAST SUMMER




Hantu balas dendam akibat dibunuh oleh rakannya sendiri. Hujung musim panas (Thailand pun ada musim sejuk musim panas ke?) yang lalu, sekumpulan remaja telah bercuti ke pantai. Namun, satu malam tragedi salah seorang dari mereka mati akibat over dose dadah telah terjadi. Selepas kejadian itu, bermulalah sesi hantu membalas dendam dengan kejamnya. Hantu dengan gigihnya berusaha mengganggu pembunuhnya dengan cara gangguan fizikal dan mental yang mana setiap si pembunuhnya akan mati akibat terbunuh atau bunuh diri.

Tema macam ni memang klise untuk filem seram dari Thailand. Kalau Malaysia sekarang ni tengah hot dengan hantu pontianaknya. Tahiland pulak masih dengan tema hantu balas dendam kerana dibunuh. Bagi aku cerita ni biasa-biasa aje. Dah banyak orang buat kisah seakan cerita ini. Mungkin hantu Thailand semua berasal dari manusia yang mati dibunuh dan mahu membalas dendam.

Pada 'hadek2', 'akak2', 'havang2' yang nak tengok filem ni sebab hero dalam poster very the kababoom! atau kendo. Janganlah terlalu over excited yer? Hero handsome atau istilahnya 'lelaki jambu' katanya tu, tak lama pun muncul dalam filem ni. Babak-babak awal aje. Dah nak separuh tu, dia mati bunuh diri bila polis datang untuk memberkasnya.

Cerita yang sebenar atau kisah yang cuba diceritakan dalam filem ni bermula selepas babak hero handsome tu mati. Masa babak hero handsome tu masih hidup, agak bosan. Rasa macam nak aje tekan button forward. Nasib baik tak ada. Selepas hero 'jambu' tu mati, terkupaslah sehelai demi sehelai rahsia di sebalik pembalasan dendam hantu tu persis kita mengupas kulit bawang selapis demi selapis.

Siapa sangka, kawan baik yang disanjung sebelum ini adalah pembunuh sebenar hanya kerana iri hati. Ingatkan bila si pembunuh sebenar dah mati bunuh diri sebab tak boleh terima kenyataan, cerita dah habis. Tapi bila tengok jam masih berbaki lebih kurang 35 minit lagi. Takkan cerita ni sejam je kut? Mustahil tu.

Al-kisahnya. Sebelum kematian Joy, ada lagi kisah lain yang melibatkan abang kandung dan mak si Joy (si mati dan jadi hantu) ni. Abang kandung si Joy ni pun iri hati jugak pada dia sebab mak dia selalu lebihkan adik dia berbanding diri dia sendiri. Abang dia ni lah yang sebar video Joy Sedang buat cam (camera) seksi dengan boyfriend dia yang menyebabkan kariernya sebagai model dan penari 'balada' musnah. Joy pun nak balas dendam pada abang dia. Mak dia pulak membenci Joy dan menyebabkan dia sakit hati dan nak balas dendam kat mak dia.

Akhirnya hantu Joy memaafkan kesalahan mak dan abangnya dan mereka hidup aman bahagia. Maka tenanglah roh Joy dan bersemadi dengan tenang bila si pembunuh dah mati semuanya. Macam tulah ceritanya. Babak seram tak ada pun. Babak terkejut dengan babak suspens agak sedikit.

Dari 5 bintang aku bubuh 2 bintang sahaja. Mana yang tak leh terima cerita seram macam ni di harap tak yahlah tengok. Nanti nyesal plak.

Tags: LAST SUMMER (2013), review LAST SUMMER (2013), Ulasan LAST SUMMER (2013), LAST SUMMER (2013) mkv avi mpg mp4 rmbv, LAST SUMMER (2013) DVDrip, LAST SUMMER (2013) Bluray rip, LAST SUMMER (2013) CAM rip, LAST SUMMER (2013) TS rip, LAST SUMMER (2013) WEBrip, LAST SUMMER (2013) Malay Subtitles, Download LAST SUMMER (2013). Hasrudi Jawawi, Rudi Zone,

Mantap