Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 13 Ogos 2013

Ulasan Filem: Percy Jackson: Sea of Monsters





ULASANKU: Bolehlah... bagi aku filem ni boleh layan jugaklah. Tapi untuk mengatakan filem ni best giler! Mungkin tidak bagi aku. Mungkin pada mereka yang telah mengikuti siri Percy Jackson ni, mungkin best bagi mereka. Tapi bagi aku, filem ni macam tergesa-gesa atau mungkin macam plot dia main 'lompat kijang' kut. Macam nak cepat habis.

Apa yang pasti babak 'membebel' agak banyak. Serius! Berkali-kali aku menguap dan nak tertidur masa plot-plot membebel. Plot aksi dan cemasnya amatlah sedikit. Masa belum tengok, baca tajuk dan tengok teaser dia macam menarik gitu. Sekali tengok, lebih nasi dari lauk. Acane? Kuah pun tak berapa nak ada. Tercekik uols!

CGI nya memang terbaik. Cuma jalan ceritanya agak tak menarik minat aku!

Aku siap boleh 'look around' kat WeChat masa tengok filem ni semata-mata nak skip plot-plot boring membebel dan duk memberi keterangan. Watak-watak seakan 'Dajjal' memang menjadi watak kedua utama di dalam filem ini. Manusia berkerturun mata satu menjadi watak kedua penting. Serius, jika diberi pilihan untuk menonton filem ini dengan duduk di kerusi urut Osim, aku lebih rela duduk di kerusi urut Osim masuk 5 hengget 15 minit.

Kalaula aku tahu jalan ceritanya macam ni, aku tunggu aje versi record dari uploader dan aku download aje. Untuk aku, filem ni memang tak buat aku terus teruja nak tonton setiap saatnya. Kalau dah sampai tahap aku nak terlelap di beberapa plot tu, faham-faham ajelah ek? Cuma di hujung cerita sahaja aksi suspen dan hebat itu baru menyerlah. Mujur filem ini hanya memakan masa 1 jam 45 minit termasuk montaj dan title credit. Kalau 2 jam 4 minit? Maunya aku dah berdengkur agaknya. hahaha...

Dari 5 bintang aku kasi 2.9 bintang.


Sudah



Tags: Ulasan Filem: Percy Jackson: Sea of Monsters, Percy Jackson: Sea of Monsters (2013) CAM rip, Percy Jackson: Sea of Monsters (2013) DVD Scr rip, Percy Jackson: Sea of Monsters (2013) WEB rip, Percy Jackson: Sea of Monsters (2013) HDTS rip, Percy Jackson: Sea of Monsters (2013) TS rip, Percy Jackson: Sea of Monsters (2013) Bluray rip, Percy Jackson: Sea of Monsters (2013), Percy Jackson: Sea of Monsters (2013) WEBrip, Percy Jackson: Sea of Monsters (2013) malay subtitles, Download Percy Jackson: Sea of Monsters (2013)

Mantap