Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Ulasan Filem: R.I.P.D.





ULASANKU: Konsep cerita sama macam film RED 2, menggabungkan konsep komedi aksi yang sangat hebat dengan taknik CGI yang hebat. Bagi aku filem komedi aksi ni lebih best dari filem yang aksi dari mula sampai habis. Terkadang, kita perlu gelak juga untuk emosi yang stabil. Asyik suspens aje dari mula sampai habis, stress dibuatnya kan? Dengan gelak sakan boleh juga longgarkan ketegangan yang melanda.

Sama macam World War Z dan The Warm Body, tema zombi masih digunapakai di dalam filem ini (rujuk sinopsis di atas).  Dalam komedi tu, tetap terselit elemen yang boleh kita ambil sebagai pengajaran dalam hidup kita. R.I.P.D. bukan kisah cinta ala-ala Oz The Great And Powerfu, The Host atau Jack The Giant Slayer. Filem ini lebih kepada kisah pengkhianatan seorang kawan baik.

Filem ni tak banyak plot bercakap, tak banyak plot falsh back, dan tak banyak plot penerangan yang terlalu detail. Jalan cerita yang straight tanpa belok-belok membuatkan aku tiada masa nak menguap atau melihat handphone. Penonton perlu fokus pada jalan cerita kerana setiap saat yang berlalu di dalam filem ini adalah kunci untuk persoalan-persoalan yang tercetus di plot-plot akan datang.

Walaupun kita sudah tahu, siapa watak jahat di dalam filem ini sejak awal lagi, tapi di saat-saat hampir ke klimaks cerita, satu kebenaran yang tidak diduga terbongkar. Dan aku pun tak sangka, macam mana zombi boleh manjadi manusia sempurna angkota badan boleh hidup di dalam dunia manusia dan bekerja dengan manusia bertahun-tahun lamanya. Dan zaombi boleh menjelmakan dirinya yang sebenar di dalam dunia manusia. Di dalam filem ini, semua itu tidak mustahil.

Nick, watak utama yang dilakonkan oleh Ryan Reynolds memang best. Bagi aku, Ryan Reynolds  adalah seorang pelakon yang pandai bermain dengan mimik muka. Dia buat muka serius pun, kita boleh gelak kalau kita tahu cerita tu komedi. Kalau dia senyum, tersangatlah sweetnya. Hehehe...

Nick menjadi pembantu seorang polis zombi senior yang bernama glamour Roy! Yang menariknya cerita ni, zombi yang berkerja di R.I.P.D. boleh tukar-tukar identiti diri bila di dunia manusia. Roy, si lelaki tua bermisai tebal tu, kelihatan persis seorang wanita muda lagi seksi di dunia manusia. Sebuah cerita yang cukup kereatif  dan menarik.

Aku tak nak ulas perihal teknikal atau teknologi filem yang digunakan untuk filem ini sebab aku tak mahir pun bab-bab CGI dan segala bagai tu. Aku mengulas setiap filem dari kaca mata dan pendangan aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan sesiapa.

Dari filem ni, apa yang boleh aku ambil sebagai iktibar adalah, jangan sesekali mejadi gunting dalam lipatan. jangan menikam kawan dari belakang. Mengajar kita erti kesetiaan. Plot nick menanam serpihan emas di laman rumahnya dan ditimbus dengan pokok limau di awal cerita adalah kunci utama cerita ni. Kalau nak tahu, kenalah tonton sendiri.

Dari 5 bintang aku kaso 3.9 bintang.


Sudah


Tags: Ulasan Melayu Filem R.I.P.D. Download R.I.P.D. (2013) CAM rip, R.I.P.D. (2013) TS rip, R.I.P.D. (2013) DVDscr rip, R.I.P.D. (2013) DVDrip, R.I.P.D. (2013) Bluray rip, R.I.P.D. (2013) HDTS rip, R.I.P.D. (2013) HDWEB rip, R.I.P.D. (2013) WEB rip, R.I.P.D. (2013)

Mantap