Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 7 Ogos 2013

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Khamis


KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Khamis, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 8 Ogos 2013," katanya.

-- BERNAMA


Salam Aidilfitri kepada keluarga tercinta, saudara mara dan sahabat handai, teman taulan. Tidak dilupakan Salam Aidilfitri paling istimewa kepada semua pengemar-penggemar karya novel saya, tak kiralah dengan nama HASRUDI JAWAWI, RUDI HIRDY atau RUDY HIRDY sekali pun, ia tetap individu yang sama iaitu, saya.

Kepada yang disebutkan di atas, jutaan kemaafan atas segala salah silap, terlanjur kata, terlanjur perbuatan dan terkasar bahasa. Yang baik itu tetap jua dari ALLAH, dan segala kesilapan itu adalah dari saya sendiri. Halalkan segala yang ditelan oleh diri ini.

Kepada penggemar karya-karya saya dan kepada semua yang telah membeli karya-karya saya, mohon maaf andai ada jalan cerita, bahasa dan ayat yang ada di dalam setiap karya saya ada mengores hati kalian. Atau ada karya-karya saya yang tidak memuaskan hati kalian. Segela kekurangan dan kepincangan yang ada harap dimaafkan. Saya akan cuba buat yang lebih baik untuk karya-karya yang akan datang.

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Kredit:
- Shot film Raya CST
- Shot film Raya RTM
- Video pernikahan Tomok dan Ayu by CST



Sudah


Mantap