Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 26 September 2013

Ulasan Filem: BENCINTA





Menonton filem ni ibarat menonton filem Enough lakonan hebat J.Lo yang terlah diterbitkan sekitar tahun 2002 yang di lakonkan semula dalam versi Melayu. Walaupun tak 100% sama. Tapi, boleh dikatakan hampir 90% adalah sama. Cuma lokasi dan situasinya sahaja diubah mengikut gaya Malaysia yang lebih ketimuran. Tapi bagi aku watak Faizal lakonan Farid Kamil jauh lebih keji sebab dia pukul Fathia lakonan Nora Danish lebih pantas dan nampak lebih kejam.

Entahlah, macam tak ada surprise pun cerita ni sebab masa tengok citer ni aku banyangkan tengok Enough je. Sebab semuanya hampir sama. J.Lo kerja kat restoran, Nora Danish pun kerja kat restoran. Cuma latar waktu dan zaman yang jauh beza menyebabkan alat telekomunikasi di dalam filem  ni jauh lebih canggih berbanding dilem Enough  tu.

Dramatiknya tak sampai ke jiwa aku. Kesedihan yang cuba disampaikan juga sikit pun tak sampai ke hati aku. Aku tak sedih pun tengok filem ni walaupun Nora Danish duk menangis aje kerjanya dalam filem ni. Cuma masa babak Fathia belasah suami dia si Faizal tu, aku dapat rasa kepuasan yang maximum bila Fathia berjaya mengalahkan suaminya yang panas baran tu.

Aku tak pasti apakah filem ni boleh dikategorikan  sebagai filem plagiat kerana mejiplak hampir keseluruhan jalan cerita Enough tu atau tidak. Sebab diawal cerita tak bagi tahu pun cerita ni diilhamkan atau disadur. Ending dia kat title kredit tak pulak aku baca. Entahlah... nak bagi bintang pun macam susah gitu. Kalau konsep cerita sama tapi jalan cerita berbeza tak apa juga. Tapi, ni jalan cerita dia saling tak tumpah.

Dari 5 bintang aku ubuh 1 bintang boleh tak? Kira bolehlah ek? Hehehe...


Mantap