Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 14 September 2013

Ulasan Filem: THE FLU




Bagi aku filem ni sangat menarik walaupun CGI dia masa kemalangan berlaku dan meletupkan sebuah stesen minyak nampak sangat kartoon. Sungguh pun begitu ia tidak menggangu terlalu banyak mood aku untuk terus menonton. Walaupun filem ini bukan sebuah filem aksi letupan, peperangan, dan pelawanan di antara makhluk asing atau orang kaya dan orang miskin, elemen perhubungan di antara watak yang dicipta amat aku respect dan bangga.

Jika anda inginkan sebuah filem aksi penuh bom-bom, tembak-menembak, perebutan kuasa si kaya dan miskin, atau perebutan plenet yang sangat mengarut tu, ini bukan filem terbaik untuk anda tonton. Filem ni aku boleh katakan sebuah filem  realiti dalam kehidupan yang tidak mustahil boleh berlaku.

Jangan sesekali mahu membandingkan filem ini dengan World War Z, KL Zombie, Elyzium dan White House Down. Dan juah sekali jangan anda bandingkan dengan filem Pacific Rim dan Man Of Steel. Jangan sesekali anda membandingkan filem ini dengan dua filem pernuh ketahyulan tapi hebat itu.

Menonton filem ini banyak yang kita boleh ambil jadikan pengajaran walaupun dalam laman web Cinema, tak ada pun yang ulas tentang filem ini. Sejujurnya, ada beberapa plot yang berjaya buat aku menangis walaupun plot itu dilakonan oleh watak tambahan yang hanya muncul dalam beberapa babak sahaja. Rasanya tak sampai pun 10 babak.

Filem ini mengisahkan kehidupan manusia yang porak peranda selepas virus selsema burung yang bukan H1N1 aje, Dah sampai H1N7, H7N7, dan banyak lagilah. Tersebarnya virus ni sama macam tersebanrya virus zombie dalam filem World War Z. Dari bersin manusia yang dijangkiti, maka tersebar satu Korea Selatan dalam tempoh 36 jam. Acane tuh? Beribu manusia dijangkiti selepas dalam tempoh 36 jam. Bahaya kan?

Bila negara dah porak peranda, masa ni darjat dah tak penting. Masing-masing mencari keselamatan diri sendiri untuk terus hidup. Kasih seorang angota bomba pada anak perempuan kepada wanita yang disukainya tu tak buat aku sedih. Yang buat aku sedih lagi bila anak perempuan si heroin yang merupakan seorang doktor untuk mebantras virus ini dan mencari antibiotik yang berkesan untuk virus ini, turut terkena jangkitan.

Masa si ibu cuba melindungi anaknya dari dikuarentin oleh pihak berkuasa sangat menyentuh hati. Banyaklah babak sedih yang akan buat anda tersentuh. Kalau nak tahu kena tengok sendiri. Filem ini serba sedikit mengajar kita erti kasih sayang, perikemanusiaan, kejujuran dan kesetiaan pada negara. Bila para pemerintah saling berbalah, kemenangan tetap jua menjadi milik pemerintah yang menegakkan hak rakyat.

Happy ending bila doktor berjaya mencari antibodi untuk melawan penyakit selesema burung ini. Di dalam filem ini digambarkan yang virus ini semakin menuliar dan hebat ke seluruh pelosok Korea selepas penemuan sebuah kontena yang mengandung mayat manusia Philipina yang mati akibat selsema burung oleh dua lelaki. Sampaikan tiada ubat untuk penyakit ini sehinggalan doktor menemukan antibodi untuk melawan virus ini dari darah salah seorang yang masih hidup di dalam kontena itu.

Apa-apa pun, tak mengantuk semasa neonton filem ini kerana ada juga babak-babak suspen yang buat kita yang menontoan rasa sakit hati.

Dari 5 bintang aku kasi 4 bintang.


Sudah



tags: Download THE FLU (2013), THE FLU (2013) WEB rip, THE FLU (2013) TS rip, THE FLU (2013) CAM rip, THE FLU (2013) DVD rip, THE FLU (2013) Bluray 720p rip, THE FLU (2013) Bluray 1080p rip, THE FLU (2013) HDWEB rip, THE FLU (2013) Malay Subtitles,

Mantap