Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 8 Oktober 2013

Ulasan Filem: GRAVITY





Kalau anda mengikuti filem lakonan Sandra Bullock dalam 'The Proposal' dan 'The Heat' anda pasti akan tergelak-gelak melihat aksi komedinya. Tapi untuk filem ini, Sandra lebih serius dalam lakonan. Walaupun filem ni hampir 99% berlokasikan di angkasa lepas dan hanya ada 3 pelakon sahaja selebihnya dikuasi oleh Sandra, namun cerita ni tetap ada menariknya walaupun ada beberapa plot yang agak mengantukan.

Menonton filem ini anda akan merasai perasaan, bagaimana andai anda seorang angkasawan dan terpaksa melalui saat-saat getir ribut taik bintang yang tiba-tiba melanda. Anda terpisah jauh dari rakan-rakan anda dari kapal angkasa anda atau kawan-kawan anda mati dan hanya tinggal anda seorang ysahaj yang masih hidup di angkasa lepas dengan bekalan oksigen yang amat limited. Pasti perit kan? Hanya ilmu pengetahuan sahaja yang bisa membawa kita ke bumi semula.

Cerita ini walaupun dikuasi sepenuhnya oleh Sandra, babak suspens yang cuba diketengahkan memang berlaku setiap saat dan waktu. Anda sepertinya tidak ada ruang untuk bernafas kerana cemas dengan situasi yang mana tak akan sesekali berlaku di bumi. Saat Ryan mengah kerana kekurangan oksigen. Aku pun tak semena-mena terasa macam kurang oksigen juga. CGI nya jangan cakaplah. Memang nampak real. Cumanya, dalam filem ni, Sandra pakai rambut palsu yang diperbuat dari rambut sebenar. Kat situ bagi aku dah mengurangkan sedikit kualiti cerita ini.

Alangkah bagusnya kalau Sandra sanggup mengorbankan rambutnya untuk digunting pendek demi menghati wataknya yang mana berperwatakan kasar dengan sejarah keluarga yang inginkan anak lelaki tetiba lahir anak perempuan. Nama watak yang dipengang Sandra pun nama lelaki Ryan Stone... ala-ala nama batu gitu... haha..

Apa-apa pun bagi aku filem ini memang menarik dan memberi pengetahuan pada penonton tentang dunia angkasa lepas dan angkasawan. Walaupun tak banyak, tetap ada pengajaran dan ilmu yang boleh kita dapat melalui filem ini.

Dari 5 bintang aku kasi 4.5 bintang.







Tags: Download, GRAVITY (2013), GRAVITY (2013) CAMrip, GRAVITY (2013) WEBrip, GRAVITY (2013) HDrip, GRAVITY (2013) TS rip, GRAVITY (2013) DVD rip, GRAVITY (2013) Bluray 720p, GRAVITY (2013) Bluray 1080p, GRAVITY (2013) subtitles, Hasrudi Jawawi, rudi zone

Mantap